|
420# venez
bape byk cik su ni kite beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
421# guyfawke
18 jantan, 1 betina n 1 wanita cunzzzz... so sumer 20... muhahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
417# venez
rasanyer dalam paper ari tuh ada interview ngan pilot si kolonel ttg show cik su... dia kata bukan WSO but pilot gak... utk cover... tak tau lar... |
|
|
|
|
|
|
|
422# venez
teruk le cik su tu kena kerja ngan cik su jantan..dah la supply tak cukup, power mencanak2 pulak...rabak le canard ngan thrust vector nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
423# halil_ksbharta
mmg yang fly masa airshow arituh kedua-duanya pilot sukhoi, ramai gak WSO asal dari pilot, tgk macam F-18, hampir kesemua WSO dia adalah pilot, bukan per, in emergency case WSO still leh recover that aircraft... |
|
|
|
|
|
|
|
417# venez
Ya ke, WSO boleh bawa cik su kalau pilot ter-tidur? Baru utk wa ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by venez at 9-10-2009 15:48
426# cmf_nando
xsemua fighter aircraft yang ada WSO boleh dikendalikan dari belakang melainkan :
1. perlu ada controler stick n power throttle
2. WSO haruslah ada basic flying n dah abis currency dgn peswat tersebut
3. WSO pun x 'tertidur'... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau WSO tertdo gak..
hurmm memang besar risiko jadi fighter nih
tabik spring la kat semua yg terlibat jaga negara |
|
|
|
|
|
|
|
Pertunjukan hebat
Oleh Suhana Roslan
JET pejuang SU-30MKM Sukhoi yang dikendalikan oleh Norazlan dan Mohd Jasmi.
Aksi juruterbang jet pejuang tempatan, USAF memukau hadirin
PANDANGAN lebih 10,000 penonton di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Sabtu lalu hanya tertumpu di ruang angkasa bagi menyaksikan kehebatan juruterbang aerobatik jet pejuang SU-30MKM Sukhoi yang didatangkan khas dari Skuadron Ke-11 Pangkalan TUDM Gong Kedak, melakukan pelbagai formasi.
Antara formasi yang dipersembahkan termasuk `high alfa slow speed’, tale slide, spine role yang pastinya memukau setiap mata yang memandang, kanak-kanak kecil mahupun orang dewasa.
Ramai juga tertanya-tanya adakah pengemudi pesawat tempur itu adalah anak tempatan yang begitu berani melakukan aksi kamikaze atau berani mati itu.
Persoalan itu terjawab selepas diumumkan pengacara majlis, juruterbang yang mempersembahkan pelbagai aksi itu adalah anak jati berumur 34 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor, Leftenan Kolonel Muhamad Norazlan Aris.
Muhamad Norazlan yang dibantu juruterbang Mejar Mohd Jasmi Abdul Wahab beraksi sebagai pembuka tirai gegaran di ruang angkasa sebelum menanti kemunculan pasukan aerobatik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), Thunderbirds.
DUTA Amerika Syarikat, James R Keith (enam dari kanan) dan anggota USAF beramah mesra dengananak yatim yang dijemput menyaksikan latihan pertunjukan udara, baru-baru ini.
Persembahan hebat itu bertujuan meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai kehebatan pesawat milik TUDM dan USAF, selain mempromosikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2009 yang bakal berlangsung Disember ini.
"Setiap kali membuat pertunjukan, saya tidak boleh memikirkan perkara lain. Tumpuan saya hanya kepada jet pejuang yang dikendalikan. Setiap pergerakan mesti dilakukan dengan sempurna. Saya beri tumpuan, menggunakan sepenuhnya kemahiran, pengalaman dan selebihnya saya bertawakal," katanya.
Kemahiran Muhammad Norazlan mengendalikan jet pejuang SU-30MKM Sukhoi nyata membanggakan kerana aksinya bukan saja ditonton penduduk tempatan, malah dari negara luar.
Muhammad Norazlan berkata, pertunjukan itu memerlukan beliau melakukan persiapan rapi selama dua minggu.
SEBAHAGIAN pengunjung yang menyaksikan pertunjukan udara di TUDM Subang, Sabtu lalu.
Beliau yang melakukan 300 jam penerbangan untuk SU-30MKM Sukhoi, berkata pengendalian jet pejuang khusus untuk pertunjukan aerobatik dengan pengendalian untuk bertempur adalah berbeza.
“Kita perlukan seorang lagi juruterbang sebagai pembantu jika juruterbang utama berdepan masalah. Berbeza ketika bertempur, juruterbang dibantu jurusensa dan senjata.
“Saya juga pernah berhadapan dengan pengalaman mencemaskan apabila enjin secara tiba-tiba tidak
berfungsi,” katanya.
Muhamad Norazlan berkhidmat dengan TUDM sejak 1985. Selain jet pejuang SU-30MKM Sukhoi, beliau berpengalaman mengendalikan jet pejuang seperti F-16 dan MiG-29 dan mendapat latihan di Moscow, Russia.
Beliau juga berpengalaman mengadakan beberapa pertunjukan, antaranya di Brunei bersempena Brunei Defence Show.
Selepas 30 minit menyaksikan kehebatan Muhamad Norazlan beraksi, pasukan aerobatik USAF pula mempamerkan kehebatan mengemudi pesawat berwarna Merah Putih, Thunderbirds.
Thunderbirds USAF menampilkan pelbagai formasi dengan enam pesawat jenis F-16. Dua hari sebelum itu, pasukan itu turut berpeluang melakukan sesi latihan penerbangan dengan membuat lintasan berdekatan Bangunan Menara Berkembar KLCC.
Juruterbang Thunderbirds 6, Major Rick Goodman, 34, berkata, kunjungan kali pertama ke Malaysia dan berpeluang melakukan penerbangan solo adalah pengalaman paling berharga yang akan terus terpahat dalam mindanya.
Bapa kepada tiga anak lelaki itu membiasakan diri menggunakan pesawat tempur Thunderbirds itu dengan menjalani latihan lebih daripada 100 kali menggunakan mesin sebelum memandu pesawat sebenar.
“Ketika melakukan persembahan penonton adalah perkara utama yang diambil perhatian bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Sebelum persembahan kami akan mengenal pasti bentuk dan keadaan geografi, selain mendengar taklimat ringkas mengenai perkara yang akan didengar dan dilihat ketika persembahan berlangsung,” katanya yang mempunyai ketinggian 183 sentimeter dan mengakui mesti sentiasa berada dalam keadaan kekal cergas.
Persembahan hebat TUDM dan USAF itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan itu terjawab selepas diumumkan pengacara majlis, juruterbang yang mempersembahkan pelbagai aksi itu adalah anak jati berumur 34 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor, Leftenan Kolonel Muhamad Norazlan Aris.
-----------------------------------------------------------------------
Gyro umur 34??? |
|
|
|
|
|
|
|
Muhamad Norazlan berkhidmat dengan TUDM sejak 1985. Selain jet pejuangSU-30MKM Sukhoi, beliau berpengalaman mengendalikan jet pejuang sepertiF-16 dan MiG-29 dan mendapat latihan di Moscow, Russia.
guyfawke Post at 9-10-2009 08:51
betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
430# mfadilaa
Mak aih! sebaya aku! |
|
|
|
|
|
|
|
433# atreyudevil
nih Cik Su hasil kerjasama Russia-Malaysia hehe, black budget punye perolehan nih |
|
|
|
|
|
|
|
hoho..
aku de satu soklan...
ari tu aku tgk nat geographic nye channel..
tjuk die ~ "Danger Men"
n episod time tu psal Red Arrows nye Pilot...
best la citer die...
tp yg aku perasan...
geng Red Arrows ni die pkai Hawk, 2 seater nye version...
tp time airshow pilot sorg je yg bwak..ke time tu de sorg lg pilot kt 2nd seat???
blainan dgn Blue Angel n Thunderbirds nye team...
single seater je rsenye... |
|
|
|
|
|
|
|
435# cmf_marsox
englishmen with their sense of humor..sempat lagi nak mengutuk geng2 thunderbird jalan dalam barisan.. |
|
|
|
|
|
|
|
436# innocentti
hahaha...
tu blom pilot Read Arrows kutuk geng Thunderbird lg..
diorg siap kutuk geng Thunderbird sbgai "The Team With the fittest Outfit"..
xsame dgn red arrows, suit pilot siap beso lg n mengerbang2...
pndai lak red arrows ni wt lawak... |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas blue thunder nyer dokumentari kat astro... best gak, maybe lepas2 nih thunderbird nyer dokumentari plak... |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas blue thunder nyer dokumentari kat astro... best gak, maybe lepas2 nih thunderbird nyer dokumentari plak...
venez Post at 10-10-2009 16:28
blue thunder???
pe tu bro????
ke blue angels bro????team akrobatik US navy... |
|
|
|
|
|
|
|
439# cmf_marsox
hah3, aku yang penin rupenyer... masih teringat kat thunderbird... betui2, blue angel... the angel 9...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|