CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2844|Reply: 19

Histeria di hutan

[Copy link]
Post time 15-7-2009 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Sembilan pelajar berkhemah di hutan diserang histeria

ARAU 14 Julai - Seramai sembilan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Jejawi di sini diserang histeria ketika menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Ayer, hari ini.

Pengarah Pendidikan Perlis, Mansor Lat berkata, kejadian berlaku petang semalam dan berlarutan sehingga pagi ini membabitkan sembilan daripada 32 orang pelajar sekolah tersebut.

Menurutnya, kesemua pelajar itu menyertai latihan perkhemahan sebagai persedian untuk menghadapi pertandingan perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) peringkat kebangsaan di Melaka bulan depan.

Katanya, pelajar yang diserang histeria kemudian dibawa pulang ke sekolah untuk dipulihkan secara tradisional dengan bantuan seorang orang awam.

"Pihak sekolah mengambil langkah segera dengan membawa pulang sembilan pelajar itu untuk dipulihkan dengan cara tradisional.

"Keadaan mereka kini beransur pulih. Kejadian ini tidak terlalu serius kerana mereka yang terlibat bersemangat untuk meneruskan perkhemahan yang diadakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui disini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa menziarah beberapa pelajar yang diserang histeria di sekolah tersebut.

Mansor memberitahu, perkhemahan itu diadakan selama tiga hari dua malam bermula Sabtu lalu.

"Keadaan mereka yang masih meneruskan latihan perkhemahan di Bukit Ayer juga dipantau agar kejadian itu tidak berulang.

"Ini merupakan kejadian pertama berlaku dan saya berharap dugaan ini tidak mematahkan semangat mereka yang terlibat untuk bertanding diperingkat kebangsaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lelaki yang menawarkan diri untuk membantu pelajar yang diserang histeria, Nordin Jusoh, 50-an, berkata, dia difahamkan histeria berlaku apabila terdapat 'benda ghaib' yang mengikut pelajar tersebut dari Bukit Ayer.

"Beberapa pelajar memberitahu mereka ternampak 'benda' itu di Bukit Ayer ketika berkhemah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 10:49 AM | Show all posts
1# Syd


NI current ISSUe ke  ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:52 AM | Show all posts
uish histeria dlm utam bahaya ooww...
kalau dah balik nk histeria dlm dorm ok juga... at least dia x boleh lari..
kalau hutan... nkkejar cmna
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:06 AM | Show all posts
hmm bukit ayer ni bkn ke tpt david teo buat filem congkak tu.. rasanya area situ mcm ada cerita misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:06 AM | Show all posts
ngerinye...{:2_64:}
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:13 AM | Show all posts
selalu betul pelajar sekarang kena histeria..

adakah kerana jin2 ni makin berani?..atau adakah kerana pelajar kita makin luntur semangatnya?..cuba kita fikir-fikirkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2009 11:20 AM | Show all posts
perghhhh...
celupar kot mulut budak2 nih..................
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 12:40 PM | Show all posts
ni ke yang diorang nampak pompuan tergantung?? kat metro ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 02:46 PM | Show all posts
kena hati2 kalau masuk kawsn bukit/hutan2 ni,tak leh buat sesuka hati,tapi budak2 manalah tahu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 04:14 PM | Show all posts
ader la tu wat mende2 tak elok..tak pon mende nie sajer nak test power dier..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:07 PM | Show all posts
haha..

kita x kaco.. dia x kaco kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:21 PM | Show all posts
ni ke yang diorang nampak pompuan tergantung?? kat metro ada..
viper_2803 Post at 15-7-2009 12:40

yup...dlm metro..aku pn d bca gak td
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:28 PM | Show all posts
budak2 tuh terusik tempat dorang kot.. dlm hutan kan byk pantang larangnya.. xleh main redah jer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:55 PM | Show all posts
Banyak pulak kes budak2 sekolah  histeria yea..tak kira kat sekolah atau masa buat aktiviti luar...

mungkin betul kata yenil...mungkinkah budak2 skrg tak tahan diuji ..tapi zaman dulu2 pon kerap jugak berlaku kan kes histeria kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 12:10 AM | Show all posts
aduss.. aku dh fobia ngan perkataan HISTERIA nih...  budak2 sekarang ni pun mulutnya boleh tahan juga mcm longkang...  bilalah histeria di sekolah aku akan berakhir.. kawan2 sumer tolong la sama2 berdoa ngan aku... aku dh x de motivasi nk gi skolah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 12:42 AM | Show all posts
Jeriah ..belum selesai lagi yea problem kat sekolah .... ada usaha buat pembersihan tak..atau GB tak percaya mende mcm tu...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 12:46 AM | Show all posts
kalo dah utan tu mcm2 la... kena plak kalo ada yg cabul mulut.   
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 01:14 AM | Show all posts
aduss.. aku dh fobia ngan perkataan HISTERIA nih...  budak2 sekarang ni pun mulutnya boleh tahan juga mcm longkang...  bilalah histeria di sekolah aku akan berakhir.. kawan2 sumer tolong la sama2 berd ...
jeriah_md Post at 16-7-2009 00:10



longkang pn kalah dowh ngan keceluparan bdak2 skrg nie...
poyo jer lebih,dh kena tak hingat dunia teriak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:17 AM | Show all posts
Tgh syok2 buat aktiviti / rehat tiba2 nmpk lak pmpuan trgantung ateh pokok.. huisshhh.. adakah tmpt ittew prnah brlaku prkara y x diingini?


jeriah_md,

chekgu, insyaAllah, xde hape2 lh tu.. kt mna2 pn benda ni ade. sama2 ah kita tambah & prkukuhkn amalan kita..

chekgu kn garang, wat ah muka garang sket.. benda tu pn takot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 11:27 PM | Show all posts
16# ea208964

skrg ni skolah tgh usaha memagar.. ntah la.. apa nk jadik... dh panggil ustaz dr luar yg tolong.. x sure dr mana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.159424 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list