View: 12008|Reply: 46
|
Suami anytime sedia ceraikan Zahnita Wilson, tapi bersyarat
[Copy link]
|
|
Suami Zahnita Wilson sedia menceraikan isterinya selepas pelakon dan model itu memfailkan cerai terhadapnya pada 3 Disember tahun lalu.
Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, bagaimanapun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi aktres berkenaan sebelum melafazkan talak.
Ini termasuk berkaitan hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.
"Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.
"Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.
"Saya sudah tidak mahu bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama menjaga anak-anak, itu sahaja," katanya kepada mStar.
Mengulas mengenai proses penceraian mereka, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.
Ditanya sama ada JKP dapat menyelamatkan rumah tangganya, Abdul Zackery tidak menolak kemungkinan itu demi anak-anak mereka.
"Selepas apa saya lalui beberapa bulan ini, agak berat untuk saya melupakan atau memaafkan dia.
"Tetapi tidak tahu juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami," jelasnya.
Sementara itu, Abdul Zackery menyangkal kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangganya seperti didakwa Zahnita sebelum ini.
Namun dakwanya, Zahnita yang pernah menduakan dirinya sekitar 10 tahun lalu malah pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.
"Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang mempunyai orang ketiga.
"Kami pernah melalui proses penceraian dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
"Anak perempuan saya sendiri yang memberitahu ibunya keluar dengan lelaki... Apabila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami," katanya.
Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.
Pada Selasa Abdul Zackery mendedahkan dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon berkenaan.
Malah dakwanya Zahnita setiap tahun meminta cerai daripada sepanjang 20 tahun mereka berkahwin.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
smoga di permudahkan urusan zahnita |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai dengan bersyarat...??
Dah mcm ugutan plk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersyarat? Nak buat mak mak terseksa la tu selalunya semoga dipermudahkan urusan Zahnita |
|
|
|
|
|
|
|
bini curang, abai anak, tiap tahun mintak serai...tp still jantan ni mencrett smpai keluar 4 anaknya ya
bini tu dah mintak serai dlu di larikan anak tu smpai ke telen buat passport lain. aishhhh syusayah aiols nk caya org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bini curang, semedang mintak cerai, shame ko, tambah pernah nak hambat ko.... Masih ko nak simpan?
Ada hati nak buat syarat cerai
Nak tunjuk lelaki mithali ke apa?
Sorry tak masuk akal
Piiiiirahhhhh zantan ni
Kalau Kaya Raya hensem bak Jackson Wang boleh juga mengula2kan orang.... Iniiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanya anak2 dia yg lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya lebih sesuai duduk dgn ayah saya"
Kau jgn main2 dik. Kazen hakak dulu ginilah. Pakcik iolls tu mcm setan perangai. Ceraikan makcik iolls depan ahli keluarga yg lain. Simpan perempuan lain konon nak buat bini. Kazen iolls siap cakap nak ikut ayah. Padahal selama ni mak yg jaga sampai tak keje jadi suri rumah. Ujung2 ayah ceraikan mak, kau nak ikut ayah. Sudahnya hanyut, takde masa depan langsung. Now kazen iolls dok dlm penjara dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jantan ni mmg spesis ular.. dah tau bini curang awat tak let go ja. Sampai 6 bln belah plak dia get together balik. Nampak saja nak bg zahni ni merana. Harey punya jantan karipuley. Last2 dia plak victim. |
|
|
|
|
|
|
|
amber heard versi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
mana yang betul.. entah laa. |
|
|
|
|
|
|
|
tinggalkn je anak² dgn bpk dia org.
tgk tahan tak |
|
|
|
|
|
|
|
Sekalii kaboom.Plot twist cam ankle joni dgn anti amber |
|
|
|
|
|
|
|
apa syarat2 nya tu cuba listkan yg lain2 selain hak penjagaan anak2. alang2 korang bertekak kat media kan bgtau la semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerai, cerai jelah.. Syarat apa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Biar je dia rasa mcm mana duduk dgn bapak dia, ko ingat seronok agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak percaya cakap dia ni, jenis putar alam ni |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia ni darah K ke? org tu dh x nak….lps je lah…narc tu ye mamak ni…. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn setuju apa2 pun syarat dia sbb apa pun yg dia buat sbnrnya nk menjerat kau dimasa akan dtg. Kau tak setuju dgn syarat dia pun tak pe kerna diakhirnya kau dpt juga cerai tu..cuma lambat jela..ingat kau berlawan dgn narcisist kau kena selangkah dihadapan |
|
|
|
|
|
|
|
Takde satu yg keluar dr mulut mamat ni logik.. anak sulung tu mgkin kena ugut hidup susah, takde duit kalau dgn maknya atau dia pernah saksi zahnita "meroyan", boleh jd point apak dia utk buatkan yg sulung tu side dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|