CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 1

Hasil pemikiran aku

[Copy link]
Post time 3-9-2009 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bijakbudget at 3-9-2009 10:11

Tolong bagi pendapat, betul ke apa yang aku tulis nie..:re: . Analisis tentang sistem kewangan.

====================

Tahukah anda dari manakah datangnya sumber kekayaan?
Secara asas, kekayaan sesebuah negara datangnya dari tiga sumber yang diketahui iaitu:

  • Kekayaan dari sumber alam - Pertanian, penternakan, perladangan, perlombongan, perikanan.
  • Kekayaan dari kegiatan eksport ke luar negara - Export bahan mentah, separuh siap dan bahan siap, tenaga pakar dan sebagainya.
  • Kekayaan dari kegiatan entrapot - Import sumber dari luar negara, diproses kemudian dieksport semula.
Melalui tiga kegiatan ini jika dijalankan secara giat akan menyebabkan kekayaan bagi sesebuah negara melimpah-limpah. Kekayaan ini akan terus kekal dalam sesebuah negara selagi ia dikawal dengan baik oleh pihak berkuasa agar tidak mengalir ke negara luar.

Kekayaan yang tidak dijaga di sesebuah negara akan hilang atau menyusut jika berleluasa beberapa faktor yang diketahui iaitu:

  • Kegiatan import bahan yang akan lupus atau lenyap dalam negara - Bahan permainan, barangan mewah, bahan yang tidak dapat dikitar semula, barang yang tidak berguna.
  • Kegiatan pembaziran - Judi, riba, rasuah, penipuan, harta atau aset beku.
  • Berlaku halangan pengeluaran - Bencana alam, peperangan, kemalangan dan sebagainya.
  • Nilai import melebihi nilai export - Membeli lebih banyak dari menjual atau perbelanjaan melebihi pendapatan.
----------------------------------------------------------------
Baiklah mari kita huraikan satu persatu fakta diatas.

  • Mencari sumber kekayaan
    Daripada sumber alam kekayaan dapat dikeluarkan dengan satu formula iaitu tidak ada kepada ada. Contohnya tanah terbiar jika diusahakan akan mengeluarkan hasil. Ternakan dari dua ekor jantan dan betina membiak menjadi banyak. Tanaman sawit dan getah yang menghasilkan pendapatan. Kegiatan pertanian amat penting untuk menampung bahan makanan penduduk agar mencukupi. Dari hasil dalam bumi dan bahan mentah seperti besi, kaca, permata, getah, minyak atau apa sahaja dari bahan alam yang diproses atau mentah kemudian dijual keluar negara akan mendatangkan kekayaan kepada negara. Kegiatan entrapot atau perindustrian dimana negara membeli bahan mentah atau separa siap kemudian diproses dan dijual semula keluar negara, juga mendatangkan kekayaan kepada negara.
  • Dan lain-lain iaitu apa sahaja kegiatan yang boleh menarik kekayaan dari luar negara kedalam negara seperti perlancongan, ilmu pengetahuan, tenaga professional, pelaburan dan sebagainya.
Semua kegiatan ini jika diusahakan bersungguh-sungguh boleh menyebabkan kekayaan kepada negara melimpah-limpah. Apabila negara telah kaya, negara dapat dibangunkan. Bebanan rakyat dapat berkurang dengan meningkat sumber pendapatan hasil kegiatan diatas. Bagaimanapun kekayaan ini boleh lenyap atau hilang dalam sekelip mata jika ia tidak dijaga dan dipelihara.

  • Kehilangan sumber kekayaan
  • Import barangan membazir yang akan lupus ke dalam negara terdiri dari bahan yang tidak berfaedah atau bahan tidak berguna, barang mewah tidak perlu. Nilai akan lenyap kerana bahan yang dibeli akan rosak dan lenyap menjadi sampah yang dibakar menjadi abu dan tidak dapat dikitar semula.
  • Kegiatan jenayah dan penindasan seperti judi, riba, rasuah, penipuan, rompakan dan sebagainya. Cara ini nilai kekayaan berpindah milik secara tidak adil kerana judi, riba, rasuah, penipuan, rompakan dan sebagainya menyebabkan pertukaran satu yang bernilai kepada tidak ada nilai atau satu yang bernilai kecil dibayar paksa dengan nilai besar yang tidak setimpal, keadaan ini menimbulkan defesit atau satu nilai yang tidak ujud tetapi termasuk dalam kiraan.
  • Halangan pengeluaran bahan alam seperti bencana, peperangan, kemalangan, gempa bumi, penyakit dan sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan aktiviti pengeluaran terganggu dan hilang pendapatan.
  • Pembelian atau import terlalu banyak dan tidak seimbang dengan nilai export, dengan cara ini kekayaan negara akan mengalir keluar negara. Termasuk juga gaya hidup rakyat yang suka berbelanja ke luar negara.
  • Penggunaan matawang yang disimpan dalam nilai emas dan perak juga boleh menjadi penyebab nilai kekayaan dapat dipelihara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel 2:
Pada asasnya keperluan manusia hanya ada tiga iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Untuk memenuhi keperluan tersebut secara keseluruhan sumber datangnya dari sumber alam ciptaan tuhan iaitu sumber pertanian, perlombongan, pembalakan, nelayan, penternakan dan sebagainya. Asal-usul khazanah tuhan ini dapat diluarkan melalui saluran tersebut.

Sebagai contoh dari pertanian terhasilnya beras, rempah dan sebagainya. Dari perlombongan keluarnya emas, minyak, batu permata. Dari pembalakan terhasilnya kayu-kayan, kertas dan lain-lain. Dari lautan keluarnya garam, ikan dan sebagainya. Semua bahan ini dipanggil bahan mentah. Diperingkat pertama atau yang terpenting menjadi asas kehidupan adalah pertanian, penternakan dan nelayan. Dari sinilah datangnya hasil yang menjadi makanan manusia. Di peringkat kedua keperluan tempat tinggal datangnya dari hutan dapat diambil sumber tempat tinggal seperti kayu-kayan dan batu-batan. Kemudian untuk pakaian datangnya juga dari sumber perladangan yang menghasilkan kapas dan sebagainya.

Inilah sumber alam yang paling asas. Ia diperlukan oleh manusia seluruhnya untuk meneruskan kehidupan. Kekurangan sumber ini akan mengakibatkan berlakunya krisis atau masalah kekurangan sumber kehidupan. Dari ketiga asas ini berlakunya tukar-menukar barangan untuk mendapatkan ketiga-tiga asas tersebut.


Artikel 3:
Jika kita melihat senario di Malaysia, kita bertuah kerana mempunya banyak sumber. Tetapi aktiviti alam masih kurang giat dijalankan, banyak tanah terbiar yang tidak di usahakan, bidang penternakan dilupakan, ilmu yang banyak dari golongan berpelajaran tidak dimanafaatkan dengan hasil rekacipta RnD yang bernilai sehingga boleh menjadi produk perindustrian. Kejahilan dalam asas teknologi seperti teknologi pembuatan contohnya cara membuat sabun pun kita tak tahu. Sedangkan ianya mudah dan boleh dibuat sendiri dirumah. Juga asas teknologi kuno zaman dahulukala pun kita tak tahu seperti cara membuat minyak wangi, sedangkan kita memiliki bahan mentah tersebut seperti serai, bunga-bungaan, akar-akar kayu dan sebagainya. Sedangkan negara luar membeli sumber tersebut dari kita kemudian memproses lalu dijual semula kepada kita dengan harga mahal.

Apabila kita menyedari akan hal ini, kita perlu bangkit untuk menjadi masyarakat maju yang pandai dalam segala bidang pembuatan. Ilmu yang dimiliki oleh leluhur kita dahulu amat banyak tetapi ia tidak begitu bermanafaat kerana ia tidak dikaji dan diaplikasikan semula. Apakah kita menyedari negara kita kaya dengan sumber alam, tapi masih rela terus bergantung harap dengan produk luar negara, sedangkan kita mampu membuatnya sendiri. Adakah kita masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang? dari itu marilah kita bangkit untuk mengeluarkan produk kita sendiri dan menjuarai mutu dan nilai yang tersendiri, terkenal diserata dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 05:41 PM | Show all posts
Tahukah anda dari manakah datangnya sumber kekayaan?

bahan mentah, sumber tenaga/perkhidmatan, modal bla bla bla...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.873316 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list