Post Last Edit by cikgutuition at 29-12-2011 13:03
Assalamualaikum dan SalamSejahtera
2012 semakin hampir dan tinggalbeberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru ini. Bagaimana dengan tahun 2011 kepada anda? Pada saya, lupakan 2011 kerana ianya akan menjadi sejarah dan cuba buatkan 2012 sebagai tahun yang lebih baik untuk kita semua.
Bagaimana pula dengan persediaan anda untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda dalam tahun 2012? Dalam artikel saya kali ini saya akan memberikan tips dan petua berdasarkan pengalaman saya belajarbahasa Inggeris selama 40 tahun, pengalaman sebagai trainer selama 16 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris kepada ribuan orang dan kepada organisasi-organisasi seperti KWSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik Malaysia, Drypers, Universiti Malaya dan sebagainya.
1. Daftar untuk kelas bahasa Inggeris yang anda rasa sesuai untuk anda – Carauntuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah dengan mendaftar dalamkelas-kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan anda. Pastikan kelas yang andaingin sertai itu sesuai dengan kemampuan anda sebab ada pelajar-pelajar cikguyang pergi kekelas yang diajar oleh orang asing dan menggunakan 100% bahasaInggeris tidak dapat mengikuti kelas itu dengan berkesan. Jangan pula malu dansegan menyertai kelas –kelas seperti kelas cikgu yang menggunakan BM dan BIdalam syarahan dan nota. Apa yang penting ialah anda boleh faham dan bolehpraktikkan apa yang telah anda pelajari.
2. Beli kamus dan buku-bukurujukan yang berkaitan – Untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris, andaperlu ada bahan-bahan rujukan yang efektif seperti kamus yang lengkap,thesaurus untuk daftar perkataan seerti dan berlawanan, kamus peribahasa atauidiom dictionary dan juga buku-buku latihan.
3. Ianya mesti setiap hari –Aktiviti untuk meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris mesti di lakukan setiaphari.Tiada cuti.Ianya mesti menjadi sebahagian dari hidup anda dan anda mestitenggelam dalam bahasa Inggeris anda. Bahasa Inggeris adalah satu budaya danbukan sekadar satu mata pelajaran.
4. Cintai bahasa Inggeris anda –Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda mahir jika anda menyukai, menyanyangibahasa Inggeris anda. ‘To know English is to love English’ Inilah slogan atau moto yang perlu anda gunakan setiap hari.
To be continued.
Kursus Asas-AsasKomunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa(pagi) dan untuk pelajar sekolah(petang) akan saya mulakan di Prct 16,Putrajaya pada 7hb Jan ini dan di Sunway pada 8hb Jan ini. Tempat terhad dan dah hampir penuh. Hubungi saya di0193090711 segera jika berminat. |