|
Peluang merebut buku-buku terbaikOleh ROSMALINA ABD. KADIR
[email protected]
BUKU-buku yang dijual boleh didapati pada harga serendah RM1.50.
SEJAK dua tahun lalu, guru besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju ZonR10, Kuala Lumpur, Teh Zaiton Abdul Halim, 51, teruja setiap kaliberkunjung ke jualan gudang buku dan majalah yang dikelolakan olehUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D).
Tidak seperti kebanyakan pengunjung lain, Teh Zaiton sediamembelanjakan sehingga ribuan ringgit untuk jualan gudang itu. Sepertitahun-tahun sebelum ini, berkotak-kotak buku ilmiah dan novel sertabahan bacaan lain masuk dalam senarai pembeliannya.
"Sejak mengetahui adanya jualan gudang buku dan majalah di sini,saya tidak melepaskan peluang membeli buku- buku yang boleh dijadikanbahan bacaan untuk anak-anak murid saya.
"Harganya jauh lebih murah berbanding membeli secara pesanan ataumembeli di kedai-kedai buku," katanya yang ditemani guru perpustakaan,Zanariah Zakaria, 37, dan pembantu tadbir Pusat Sumber, Aishah Yusuf,30.
Sebagai pendidik yang menyandang jawatan nombor satu di sekolah, TehZaiton mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memupuk budaya membacadalam kalangan pelajarnya.
"Murid-murid sekolah rendah agak sukar ke perpustakaan untukmeminjam buku, jadi saya letakkan sebuah bakul yang penuh dengan bukudi bilik-bilik darjah supaya timbul minat membaca.
"Kalau sekelas ada 40 orang, saya akan letak sebanyak 40 buah buku.Kemudian, selang beberapa minggu saya akan buat pusingan buku-buku itudi kelas-kelas lain," katanya.
Tambah Teh Zaiton, para pendidik perlu ada perancangan dalam memupukminat membaca para pelajar. Salah satunya adalah dengan meninjau jualangudang yang menawarkan bahan bacaan berguna.
"Di samping buku-buku ilmiah, saya akan membeli novel-novel menarikyang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Saya mahu mereka sentiasamembawa buku ke mana-mana sahaja.
"Melalui usaha ini tidak mustahil budaya membaca dapat dikembangkan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus UP&D, Khoo Gee Siangmemberitahu, terdapat hampir 4,000 tajuk buku dan majalah bolehdidapati pada jualan gudang buku dan majalah di Pejabat UrusanUP&D, Taman Shamelin, Cheras. Jualan bermula dari pukul 10 pagihingga 6 petang. Ia berlangsung sehingga 7 Februari ini.
"Antara buku yang ditawarkan pada jualan gudang kali ini terdiridaripada genre motivasi, keluarga, wanita, makanan, fesyen, novel,kanak-kanak serta buku akademik untuk peringkat tadika hinggauniversiti.
"Majalah yang ditawarkan pula merangkumi semua majalah Kumpulan Utusan iaitu Al-Islam, Harmoni, Kawan, Mangga, Mastika, Pemikir, Saji, Umph, URTV, Wanita dan Infiniti," terangnya.
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,Siti Rozaida Roslan memberitahu, jualan gudang kali ini memberikannilai tambah kerana bagi setiap pembelian yang melebihi RM100,pengunjung boleh menyertai cabutan bertuah.
"Bagi tempat pertama, pengunjung boleh memenangi hadiah bukubernilai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200 selainhadiah sagu hati dan hadiah cenderamata bagi pembelian dan langgananmajalah.
"Bagi mereka yang melanggan majalah Wanita selama setahun,cenderamata berupa set eksklusif seperti rantai, loket dan pinkerongsang tajaan D'or Rue Sdn. Bhd. bernilai RM115," jelas Siti.
Khusus buat mereka yang meminati majalah Mastika, satu keluaran khas Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah setebal 189 muka surat dijual pada harga RM6 selepas diskaun 20 peratus.
"Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Edisi Ekonomi setebal 2,196muka surat dijual pada harga RM19.50. Selain itu, buku-buku terbitan2002 dan tahun-tahun sebelumnya diberi diskaun 50 peratus manakala bagibuku yang diterbitkan antara 2003 hingga 2004, pelanggan boleh mendapatdiskaun sebanyak 45 peratus," kata Siti. Potongan 20 peratus diberikanuntuk koleksi buku terbaru.
Tambahnya, buku-buku tersebut boleh di dapati pada harga serendahRM1.50 sehingga RM1,300. Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi Celcomdan Chemical Company of Malaysia (CCM) turut menjayakan jualan gudangitu dengan menawarkan produk mereka pada harga istimewa.
Sebarang pertanyaan atau untuk langganan buku dan majalah, sila hubungi pejabat UP&D di talian 03-9285 6577 atau 03-9285 3860.
bajet!bajet!
mulah mulah.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|