|
Pertama kali baca buku Sri Rahayu ialah buku Warisnya Kalbu dan terus jatuh cinta dengan cara penceritaan beliau. Sejak tu mula cari buku-buku beliau lagi. Tapi tak banyak yang jumpa, jadi nak tanya sesiapa yang tahu buku-buku oleh Sri Rahayu selain daripada terbitan Utusan? A tau dia ada guna nama pena lain ke?
Judul : Warisnya Kalbu
Sinopsis :
Hassan Basri dan 11 rakan sekolahnya menghadiri ujian pemilihan peserta untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun yang dikendalikan oleh guru mereka, Puan Rabiatul Adawiyah. Dalam ujian tersebut Khadija, gadis kacukan Inggeris-Melayu mengungkapkan pantun yang dipetik daripada buku R. Winstedt, manakala Hassan basri memetik karya asli yang terdapat dalam buku catatan harian Cempaka, anak Orang Kaya Berlapan di Pahang yang bertarikh 1277 Hijriah.
Pada hari pemilihan, Hassan Basri dan Khadija adalah antara empat peserta yang diumumkan berjaya. Walaupun pada awalnya usaha murni mereka dipersendakan oleh ahli keluarga, mereka tetap gigih menjalani latihan. Mereka turut menjalankan penyelidikan untuk memahami dan menghayati keistimewaan pantun daripada sumber yang autentik. berdasarkan catatan sejarah dan kaedah mengarang pantun yang diwarisi, mereka dapat mendalami kebijaksanaan seni mengarang pantun Melayu.
Karya yang disarati ilmu tentang pantun ini mengungkapkan usaha sekumpulan pelajar untuk melestarikan khazanah seni warisan Melayu.
"Warisnya Kalbu" merupakan karya pascakolonial tentang pandangan balas yang mengutamakan keunggulan peribumi dan lokaliti. Dua budaya bertentangan, dicairkan, dan imej-imej perkasa Barat ditenggelamkan, serta dinyahkan dari persada paksi kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pula buku kedua beliau yang saya baca. Selepas baca buku ni, makin jatuh cinta dengan karya-karya Sri Rahayu.
Judul : Kasih Nan Agung
NASKHAH Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat.
Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.
Penyuguhan falsafah metarialisme yang cuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan.
Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dia ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.
Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.
Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.
Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan.
Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.
Sumber - Utusan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Odisi Tanah Kencana baru baca semalam, beli di Pesta Buku RM 2 sahaja. Suka betul!
Bukan kuasa Sang Hiyang Batara Jagat Nata, juga bukan Hiyang Ulung. Dewata Mulia Raya juga tidak mampu melegakan resah hati Raden Inu.
Kembara baginda mencari kebenaran tauhid. Bertemankan penakawan Jerude, Punta, Kertala dan Persanta, lautan ganas diharungi. Direlakan diri menjadi Si Capik demi menemukan jejak memintas kapal nakhoda daripada Kerajaan Pasir. Hatta bersabung nyawa dengan makhluk sumpahan belaan si tukang sihir, Mervin.
Ancaman Ezekiel daripada Benua Utara malah hampir mencabut nyawa si pencari kebenaran.
Demi mencari Yang Maha Berkuasa, Raden Inu mempertaruhkan nyawa. Justeru, berlabuhlah cahaya di tanah Kencana membunuh mantera-mantera pujaan lalu menggantikannya dengan puji-pujian pada Yang Esa. |
|
|
|
|
|
|
|
Buku lain yang beli semalam di Pesta Buku, tapi belum baca lagi, adik amik turn baca dulu. ( Setiap satu buku ni I beli RM3 sahaja di Pesta Buku!)
Judul : Bukan Legasi Lalang
Membunuh Jebat menjadi hutang yang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun.
Tuah, Jebat - dua sasabung yang di lagakan kerana semberono kesumat, kuasa, wanita, fitnah, keadilan. Perlagaan yang tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanyalah anganan yang wuiud dalam mimpi.
Kering jiwa Tuah menumpahkan setia taat kepada tuan. Dan Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.
Maka, apakah kebenaran .. punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?
Judul : Merdekakan Cinta Ratna
Dia jatuh cinta kepada Ratna, perawan yang telah membunuh dendamnya, mengajarkan makna pengorbanan. Dialah juga yang menaruh kasih kepada Alia, si manis tegas yang obses dengan hikmah takdir.
Dan dia, dialah remaja devian yang memenuhi ruang buku displin: kaki ponteng, kaki gaduh, datang lewat - suatu imej yang tak tertolongkan, tak diperdulikan!
Dan dia, dialah lelaki pengasih, pelindung, yang disuguhkan keganasan di rumah sendiri, sepanjang-panjang usia mudanya.
Merdekakan Cinta Ratna - kisahnya menduga hakikat cinta dalam makna paling luas dan dalam: Cinta, benar-benar cinta-benarkah ada? |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 20/06/2009
Sri Rahayu ungguli novel remaja
Oleh NORILA DAUD dan NAZMIL NASIRUDDIN
[email protected]
| Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada Sri Rahayu Mohd.Yusop yang memenangi kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2008 sambil diperhatikan (dari kiri) Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Hugh W. Thompson, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengarang Mingguan Malaysia, Zin Mahmud (terlindung) di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.
|
KUALA LUMPUR 19 Jun – Sri Rahayu Mohd. Yusop mengungguli kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2008 malam ini dengan karyanya Kasih Nan Agung.
Novelis itu membawa pulang wang tunai RM7,000, watikah penghargaan dan hadiah iringan.
Ruhaini Matdarin dengan nukilannya Jendela Menghadap Jalan pula memenangi tempat kedua. Beliau meraih hadiah wang tunai RM4,500, watikah penghargaan dan hadiah iringan.
Tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM3,000 dimenangi novel Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd. Rosman.
Tetamu kehormat, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis penuh bersejarah yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Hadir sama isteri bekas Perdana Menteri itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Hugh W. Thompson.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak serta Pengarang Mingguan Malaysia, Zin Mahmud dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani turut hadir.
Sementara itu kategori cerpen remaja dengan hadiah wang tunai RM2,500 setiap seorang dimenangi Azman Ahmad (Dari Kalbu ke Kalbu) Alias Ismail (Delusi) dan Ummi Hani Abu Hassan (Teman, Cukuplah Kami).
Kategori rencana sastera pula dimenangi Syed Mohd. Zakir Syed Othman (Ulul Albab dan New Man) yang menerima RM1,000. Dr. Awang Azman Pawi (Prasangka Orientalis Terhadap Bangsa Melayu) membawa pulang wang tunai RM2,000 apabila memenangi kategori kajian sastera.
Kategori cerpen yang menawarkan RM3,000 setiap seorang pula dimenangi Khairul Hafiz Abdul Rahman (Bayang Ditirai Belulang), Sujaidi Dasuki (Di Alam Barzakh) dan Mohd. Hashim Osman (Lelaki Seorang Penjinak Ular).
Kategori puisi dengan RM1,000 setiap seorang pula digondol oleh Ahmad Shukri Abdullah (Potret Lima Puluh Tahun), Ahmad Fadhlil Pakarul-Razy (Sang Semut) dan Syed Mohd. Zakir Syed Othman (Sepotong Cinta Di Dunia Angin).
Bagaimanapun tiada yang layak memenangi kategori novel remaja bahasa Inggeris dan terjemahan.
Sementara itu, Sri Rahayu, 33, ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, beliau bersyukur dan amat gembira dengan kemenangan kali ini.
“Kemenangan kali ini secara tidak langsung menggalakkan saya untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu pada masa akan datang.
“Novel Kasih Nan Agung ini bertemakan kisah kemanusiaan dan mengambil masa setahun untuk dihasilkan,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu.
Beliau menjelaskan, novel ini amat istimewa kerana menampilkan sumber daripada dalil-dalil al-Quran dan digabungkan dengan buku palio-antropologi Barat.
Sri Rahayu kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Pandan Jaya, Ampang.
Sumber : Utusan Malaysia Online |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|