|
rujuk surah alJin..
halimi78 Post at 23-3-2010 22:01
artikel menarik petikan dari surah jin....
http://www.e-bacaan.com/artikel_jin.htm
Persamaan antara jin dan manusia adalah banyak. Selain daripada yang sudah disebut beberapa persamaannya yang lain diturunkan di bawah ini:
*kedua-duanya dicipta untuk menyembah Tuhan. Firman-Nya,
"Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (51:56)
*kedua-duanya mempunyai rasul. Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" (6:130).
*kedua-duanya menyesatkan manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah.'" (41:29)
*kedua-duanya mempunyai hati atau otak, mata, dan telinga. Firman-Nya,
"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai." (7:179)
*kedua-duanya tidak dapat menembus pembatasan langit dan bumi, kecuali dengan suatu kuasa. Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)
*kedua-duanya mempunyai keinginan terhadap perawan. Firman-Nya,
"Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin." (55:56)
*kedua-duanya memenuhi Jahanam. Firman-Nya,
"Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'" (32:13)
Dan, daripada kedua-duanya pula lahirlah syaitan yang derhaka kepada Tuhan dengan, misalan, mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah untuk menipu. Firman-Nya,
"Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)
Oleh itu, syaitan bukanlah suatu makhluk yang asing. Mereka terdiri daripada makhluk jin dan manusia yang jahat.
maksudnya - syaitan boleh shj wujud dari kalangan jin dan manusia kan...
dlm kes jin ... syaitan boleh dikategorikan sebagai jin yg bukan Islam yg tak taat pada perintah Allah kan...?
soalan : jin dan syaitan sama tak ....sama keturunan tapi ada jin yg bertaqwa dan ada yg tidak - yg tidakjadi syaitan
Bagus bnyk persolan timbul ..lagi bnyk persoalan timbul .. lagi bnyk boleh cuba dipelajari ... harap ada yg perjelaskan lagi hal jin dan syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Jin terdiri daripada beberapa golongan iaitu Azazil, Iblis, Jin, hantu dan dewa
Golongan-golongan tersebut juga terdiri dari beberapa jenis, contohnya hantu.... banyak jenis jenis hantu, dewa, banyak jenis jenis dewa, dan jin juga ada beberapa jenis spt ifrit dan jin islam (Hanya Jin sahaja boleh memeluk islam, yg lainnya iaitu azazil(dulunya islam juga), iblis, hantu dan dewa kini tiada seekorpun yg islam
Syaitan pula adalah dari gabungan jin dan manusia, ia bukan makhluk bernyawa, tapi merupakan kejahatan akibat gangguan jin terhadap manusia yg menghasilkan kejahatan(6:112). Syaitan tak ujud tanpa salah satu dari unsur tsb iaitu manusia tidak boleh jadi syaitan jika tiada jin yg menggodanya...
mengislamkan jin yg merasuk bukan kerja kita, dah terang ia mengganggu manusia, kalau aku bunuh sahaja sebagai jalan penyelesaiannya...... |
|
|
|
|
|
|
|
ade ke cara2 atau skil nk bunuh jin?
x salah kalo nk islam kn jin tuh..
lg dpt pahala,kn elok
z3t_ex Post at 23-3-2010 19:51 Banyak cara boleh menghapuskan jin, tapi bukan disini untuk pemberitahuannya
Kebanyakkan yg merasuk bukan dari jenis jin, selalunya hantu dan dewa je, kalau nak diislamkan pun, tak mungkin ia jadi islam... kalau ia mengakupun hanya tipuanje tu, sebab takut pada perawat dan ia terus bermastautin ditubuh budak atau orang yg dirasukinya, dan yg pasti selalunya orang tersebut akan kerap sakit dll akibat benda tu masih ada ditubuhnya, ia kita dan perawat sering tertipu...... mereka kata je nak keluar... tapi hampeh, dok kat dlm je tu |
|
|
|
|
|
|
|
first time aku dengar 'dewa' pun rasuk orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bulan lps
anak buah aku masuk jin kafir
1 ustaz tuh islamkan dia...
tp smpai skrg x kuar2 jin2 tue...
dah puluh2 ustaz datang...
saatchambb Post at 23-3-2010 20:26 Ustaz tu datang bukan nak keluarkan jin tu, tapi nak ajar syariat islam pada jin tu kot... hehehe
Meh sini biar aku bunuh je |
|
|
|
|
|
|
|
dewa kaum hindu sebenarnya jin kafir yang menyamar jadi entiti patung yang dipuja masyarakat hindu.kononnya tuhan.sebab itulah mereka terus percaya agama mereka benar.kawan2 hindu aku kuat agama.ada sorang, bapaknya tok sami kuat agama. dia kata bapaknya pernah berjumpa dengan dewa shiva. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ingat, makhluk idup yang dipertanggungkan adalah manusia dan jin sahaja.
Dewa, hantu dan sebagainya adalah dari gulungan Jin.
Iblis adalah Jin jenis Syaitan.
Syaitan pulak ada yang dari gulungan Jin dan ada dari manusia.
Faham!.... |
|
|
|
|
|
|
|
Iblis adalah dari golongan jin, spt jin yg lain, ia membiak dan beranak pinak
Syaitan bukan makhluk bernyawa, Surah Al-Anam 112 menerangkan syaitan syaitan daripada jin dan manusia, ini bermakna gabungan keduanya, kalau berasingan, perkataan dan akan bebertukar kepada atau |
|
|
|
|
|
|
| |
|