|
Sakura ku... kemanakah kau menghilang dik... jangan kata kau ke JEPUN dik musim bunga sakura belum lagik(entah dah ke blum x tau la).... so jangan lupa tempek kan dulu n3 mu itewww..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
maaf minggu nih memang agak bizi lah. sebab mid term tinggal lagi 2 minggu, tambah plak skang nih easter break. sakura dah berbunga kot kat jepun tapi kat notts, sakura mengembang...memang panorama yang sangattttttttt cantik |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
maaf minggu nih memang agak bizi lah. sebab mid term tinggal lagi 2 minggu, tambah plak skang nih easter break. sakura dah berbunga kot kat jepun tapi kat notts, sakura mengembang...me ...
sakura_ungu Post at 14-4-2010 09:43
Okeh .....tumpukan pada pelajaran dulu nak exam kan........
Cite ni klu free blh sbg...anak2 dara akak klu nak exam semua gemuruh ...sorang sampai gastrik x lalu makan sorang tu jerawat naik sbb stress...ha ha ha
Sakura di msia or masih di notts? |
|
|
|
|
|
|
|
goodluck for yr exams Sakura
nanti sambung balik ya |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh belajar kat ober c, sempat lagi tulis cerita!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aduiyaaa dik sakura jenuh akak dok gali cerita sakura yg dah tertimbus kat page 2.
Dik ada masa update ekkk nanti org terlupa jln cerita kena gostan baca pulak |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
maaf minggu nih memang agak bizi lah. sebab mid term tinggal lagi 2 minggu, tambah p ...
sakura_ungu Post at 14-4-2010 09:43
Good luck sakura...
all the best...
baru jumpa je citer ni...
best gak... |
|
|
|
|
|
|
|
**********************************
Wafiyyah menolak pintu biliknya, menghampiri tingkap dan menjenguk keluar. Cuba mencari kelibat lelaki yang telah memperkenalkan dirinya sebagai Zafran itu. Dia masih di perkarangan rumah, sedang bercakap sesuatu dengan Kak Fadhila dan Kak Rafidah. Kelihatan agak serius. Wafiyyah menarik nafas. Apa yang mereka bincangkan agaknya? Dia sengaja meminta diri, naik ke atas kerana kehilangan modal untuk berbual dengan lelaki yang baru dikenali dalam tempoh beberapa jam sahaja. Lainlah Kak Fidah dan Kak Dhila, dah kenal lama. Tapi entah mengapa, ada sesuatu yang menarik hatinya mengenai lelaki itu. Sesuatu yang sukar dibiaskan dengan kata-kata. Perlahan dia meraba bibirnya yang membengkak. Fikirannya mula melayang pada seseorang. Seseorang yang pastinya risau berkilo-kilo mengenai dirinya. Wardah!
"Dia tak tinggalkan apa-apa pesan lagi lepas balik tempoh hari?" Fadhila menghulurkan pertanyaan, lembut.
Zafran mengigit bibir. Menundukkan wajah, tidak dapat menjawab pertanyaan Kak Dhila. Kenapa mesti saat-saat begini mereka menanyakan mengenai Ainul Mardhiah? Kenapa mereka semua harus tahu mengenai hal ini? Malu mula menjalari dirinya, menjerut hati dan perasaannya. Entah kat mana nak sorok muka aku nih..desis hatinya agak kesal. Dari Notts hingga ke London..semua pelajar Malaysia tahu. Entah-entah geng Ismail kat Warwick pun tahu perkara nih!
"Akak masuk dululah,"Rafidah meminta diri, menyedari yang kehadirannya tidak berapa diperlukan. Zafran lebih rapat dengan Fadhila dan Husna berbanding dirinya. Zafran dan Fadhila serentak mengangguk, menghantar gadis berjilbab itu dengan pandangan mata sehingga gadis itu menghilang di sebalik pintu rumah. Fadhila kembali memandang dirinya. "Zaf pendamkan cerita ni lama. Kenapa tak ceritakan pada akak?"
Zafran masih kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu. Malu datang bertimpa-timpa. Dia memeluk tubuh, menahan kesejukan angin musim dingin yang mula menyapa kota London. Lapworth Court yang pada mulanya sepi pagi tadi kini mula bingit dengan kelibat penduduk sekitar dan kereta mula bersepah di atas jalan.
"Tak ada apa yang saya ceritakan kak. Benda dah lepas, saya terima seadanya,"agak lama baru dia dapat menyusun kata-kata. Ya, agak lama untuk dia terima hakikat yang antara dia dan Ainul Mardhiah tiada jodoh.
"Cerita sebenarnya?"
"Dia terima pilihan keluarga. Dia tangguh pengajian dan balik,"
"Kenapa tak ceritakan semua pada Rashdan?"
"Rashdan antara orang paling awal tahu, kak. Mardhiah dah ceritakan semua padanya,"
"Akak tengok Zaf dah makin kurus dah sekarang. Daniel pun cerita yang Zaf banyak berkurung dalam bilik je. Buat itu ini serba tak kena," Fadhila merenung tepat ke wajahnya, mencari penjelasan.
Zafran menghela nafas. Siap la kau nanti Danny! getus hatinya agak geram. Takkan perihal diri aku pun kau nak cerita kat kakak senior?
"Akak bukan apa Zaf. Akak diamanahkan oleh kakak-kakak kat Notts untuk tengokkan korang bila diaorang dah balik Malaysia. Kita kat sini semuanya perantau. Jauh dari mak ayah. Jangan biarkan kelekaan dunia menghantui kita," ujaran berbentuk nasihat yang kembali meredakan hatinya. Dia tunduk, tidak tahu apa yang harus diucapkan lagi.
"Cinta dunia takkan ke mana. Cinta Allah, itu selamanya,"
"Akak...." bibirnya bergetar, cuba melafazkan jawapan dari hati. "Saya tahu, antara saya dah dia memang tak ada jodoh dan saya terima seadanya. Tapi kadang-kadang, bila berseorangan, saya kembali fikirkan benda ni. Saya tak cukup kuat lagi nak lupakan semuanya,"
Benar! Dia mengakui kini. Memang dia tak cukup kuat untuk lupakan Ainul Mardhiah. Gadis yang menghuni hatinya selama 5 tahun lamanya, dan bersama-sama menjenguk bumi asing, malah hampir-hampir dia mengikat tali kasih dengannya...sehinggalah kejadian itu tiba.....
"Kalau tak cukup kuat, kenapa nak biarkan ia berterusan mengawal diri Zaf?" pertanyaan yang cukup mengocak perasaannya. Sekali lagi terkelu. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.
"Zaf..."Fadhila menghela nafas. "Akak dah bincang dengan Kak Fidah, Kak Husna and Ustaz Azwan pasal benda ni. Bukannya mudah untuk Zaf terima benda ni seadanya. Apatah lagi bila kelompok pelajar Malaysia tahu perkara ni,"
Zafran memandang tepat ke wajah kakak senior yang kelihatannya cukup tenang. Berbincang dengan Ustaz Azwan? Pasal aku?
"Apa dia kak?" dia mula resah. Persoalan hidupnya kini menjadi tajuk hangat untuk kakak-kakak senior dah ahli persatuan. |
|
|
|
|
|
|
|
**********************************
Wafiyyah menolak pintu biliknya, menghampiri tingkap dan menjeng ...
sakura_ungu Post at 29-4-2010 12:55
Lamanya kami tunggu...TQ...bestnya |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi...
Warwick 1st time npk kereta proton parking kat Warwick castle jadi jakun jap |
|
|
|
|
|
|
|
sakura ku...tengkiu la ada gak n3... dah abis exam ya... moga cemerlang la hendaknya... akak ingatkan ari tuh si ainul mardiah ni la wafiyyah ropanya orang lain... skrg dah faham dah sapa ainul mardiah neh..:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung lagi................. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung lagi................. |
|
|
|
|
|
|
|
salam dik...
bila nak letak n3......rindu le.....jenuh dok buat speku tapi x mucal gak;) |
|
|
|
|
|
|
|
sakura..klu dh free nnti sambung lagi yer...best... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung lagi sakura...citer best |
|
|
|
|
|
|
|
Dik mana menghilang.....
Lama x update |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|