CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2385|Reply: 0

Sentuhan gema puisi tradisional

[Copy link]
Post time 23-4-2010 02:12 AM | Show all posts |Read mode
Ia menjadi bukti kehebatan warisan Melayu dengan keanekaragaman bentuk

MALAM Gema Puisi Tradisional di Institut Pendidikan Guru KampusPerempuan Melayu (IPGKPM), Durian Daun, Melaka, baru-baru ini, saratdengan unsur nasihat yang disampaikan melalui puisi tradisional, sekaligus membuka mata khalayak terhadap kehebatan warisan Melayu.
Ini kerana meskipun malam puisi tradisional anjuran IPGKPM danDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) menghidangkan khazanahpuisi tradisional seperti pantun, syair, burdah, nazam dan gurindam, iatetap memikat kira-kira 300 khalayak.Pengarah IPGKPM, Noor Hayatee Md Noor, membuka tirai dengan pantun bagimengingati ulang tahun ke-75 institut perguruan terbabit yang akrabyang mencatat sejarah panjang dalam pengeluaran guru wanita untukdibekalkan di seluruh negara sejak 75 tahun lalu.
  
Cahaya cerah api pelita
  pelita dekat asap beralun
  di sini sejarah guru wanita
  sudah tercatat 75 tahun.
  Sekam basah tidak berbara
  disusun rata di tepi bendang
  perakam indah seni sastera
  maktab wanita sama menyumbang.


Berbekalkan kekuatan vokal dan kemerduan suara, Munshi Dewan,Muhamed Salehudin Aman, mengejutkan khalayak dengan alunan burdah, UmatIslam Akhir Zaman sehingga puisi yang sarat dengan khutbah itu dapatdinikmati secara santai, meskipun yang diketengahkan isu semasa.
  
Harta watan jadi habuan
  oleh pemimpin yang berjawatan
  tipu dan rasuah jadi amalan
  wang amanah diniagakan
  ada ulama mata dunia
  pelbagai fatwa mudah dikata
  asalkan dapat ganjaran harta
  hukum-hakam direka-reka
  memang nafsu susah diatur
  cinta dunia sukar dilebur.


Meskipun Pegawai Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA), ArifinUzir, terikat dengan gaya khutbah ketika menyampaikan nazam, Nasihatkarya Ahmad Mufti yang sarat dengan unsur didaktik, ia tetap dinikmatikhalayak apabila dialunkan dengan menggunakan irama Tanjung dan Serkam.
  
Sabda nabi huru-hara pada kubur
  masuk rantai pada mulut sampai dubur
  rantai itu merah pula dengan api
  hangus perut hangus otak hangus api
  hairan kami akan kamu punya fikir
  kamu kata kamu mati tapi mungkir
  pahit mati itu bukan macam jadam
  bukan pula macam api boleh padam.


Pengerusi Persatuan Dondang Sayang Melaka, Mohd Yasin Ahmad, pulamengalunkan dondang sayang, Senda Gurau yang menjadi asalnya warisanbangsa Melayu yang kaya dengan pandangan alam bangsanya, meskipun umumlebih mengaitkannya dengan kesenian Baba dan Nyonya.
  
Sayang pak Lebai memakai songkok
  membaca kitab sambil menjala
  sayang pak lebai memakai songkok
  sepandai-pandai tupai di pokok
  dondanglah sayang
  lamalah lama juga ke tanah juga.

  Sayang ketupat dibelah tengah
  mari diisi dalam raga
  sayang ketupat dibelah tengah
  tupai tua jatuh ke tanah
  dondang sayang
  termengah-mengah juga dipanjat juga.


‘Khutbah’ yang disampaikan pada malam puisi yang turut dihadiriPengarah DBPWS, Nor Hasimah Ali dan Penerima Anugerah Sasterawan NegeriMelaka 2009, Mokhtar Yasin itu, turut disampaikan melalui Syair Sarawakyang dilagukan oleh Roslan Madun.
  
Rumah kita bukan di sini
  telah sedia di akhirat nanti
  jalan yang terang jika dicari
  tidaklah sesat masa kembali.

  Dunia ini tempat singgahan
  bukannya tempat bersuka-sukaan
  tunduk sujudlah kepada Tuhan
  tempat kita minta pertolongan.

  Buatlah baik setiap masa
  bersyukur kepada Tuhan yang Esa
  hidup jangan berbuat dosa
  di akhirat kelak azablah kita.


Kelab Budaya IPGKPM juga tidak ketinggalan mempersembahkan puisitradisional yang disampaikan sama ada dalam bentuk moden, puisidra ataupun secara tradisional, iaitu berondoi, selain menampilkan tarian JogetPahang.
Malam Gema Puisi Tradisional turut dimeriahkan dengan persembahangurindam oleh Prof Rahman Shaari dan Rohayah Abu; syair (Mohamad Musipdan Fakrurazan Abdul Majid); pantun (Nor Hasimah) dan rejang (Abd RaniEmbi).



SIGNATURE ......................................................................................
Aku Moderator yang gila makan kredit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.125552 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list