CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 0

hobi pelik

[Copy link]
Post time 21-5-2010 11:24 PM | Show all posts |Read mode
- http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=103421

hobi pelik...

Cium coli, seluar dalam

Oleh Azahar Hashim
[email protected]

2010/04/12




KULIM: Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki yang sering berlegar dikawasan perumahan di sekitar Taman Teknologi Tinggi Kulim, denganmembawa sebuah beg pakaian sejak beberapa minggu lalu, terjawab apabiladia dicekup orang ramai ketika menceroboh rumah didiami penuntut wanitakerana mencuri seluar dalam wanita dan coli, Khamis lalu. Lelakiberusia 36 tahun dan sudah berumah tangga itu mengakui memiliki hobipelik iaitu menghidu seluar dalam wanita yang sudah dipakai yangdicurinya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata lelakiterbabit ditahan orang ramai kira-kira jam 1 pagi selepas tindakannyamenceroboh rumah sewa sekumpulan penuntut perempuan itu disedari jiran.

“Seorang jiran yang kebetulan berada di dapur rumahnya ternampakkelibat seorang lelaki mencurigakan masuk ke kawasan rumah penuntut itusebelum dia menghubungi jiran lain.

“Selepas melakukan pemerhatian selama beberapa minit, suspek kemudiandilihat mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita sebelum penduduk dikawasan itu menyergah,” katanya ketika ditemui selepas Program DialogKetua Polis Kedah Bersama Penduduk Kampung Sedim di kawasan rekreasiSungai Sedim, dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan. Ghuzlanberkata,suspek yang terkejut cuba melarikan diri, namun gagal apabiladicekup penduduk yang sudah mengepungnya.

Ketika ditahan, penduduk menemui beberapa seluar dalam wanita dan colidi dalam beg dan poket suspek sebelum diserahkan kepada polis. “Hasilsoal siasat suspek mendakwa dia mencuri seluar dalam wanita dan coliyang belum dibasuhitu semata-mata mahu menghidunya. “Dia mengaku dengantabiat peliknya itu dan selain rakyat tempatan, dia juga mencuripakaian dalam milik wanita warga asing,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspeknegatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaankerana menceroboh.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/...icle/index_html



EX Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Kedah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.200722 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list