Reply 1#membuta
Mungkin suami awak ada masalah lain kot...bincanglah ngan dia baik-baik.Waktu mood dia elok. Gunalah nada manja sambil gosok-gosok dada atau pun betis dia. Kadang-kadang tekanan kerja boleh buat suami jadi tak betul. Janganlah main terjah aje...lagi teruklah jadinya
Janganlah kutuk laki dia, bagilah nasihat dan pandangan agar dia rasa lebih tenang, dia dah ada masalah, janganlah tambah-tambah, kesian dia. Marilah kita sama-sama doakan agar dia dapat selesaikan masalah dia
sebenarnye TT gi kursus 5 hari, last day kursus bleeding plak so kene warded sehari.
semalam br discaj dr wad, tu yang TT senyap jer tuh.
tapi kan lepas blk kursus ni husband TT banyak le perubahan. siap ckp seksanya nak tunggu TT blk umah.
mane taknye, seminggu tak makan nasi sebab kelam kabut jage anak. Umah pun dah macam kapal pecah, siap ade periuk, kuali kat hall. tu baru anak sorang tuh.
Sian mmg ler sian, tapi terselit gak cket dalam ati ni, padan muke, baru tau. tu tgh sihat walafiat tu, sedangkan TT ni tgh sarat. die wat perangai macam2. wakaka..
Apepun, tahap concern die dah meninggi la cket even asyik dok qada tido jer semenjak TT blk umah ni. tapi sebab ape die wat 'bengong' mcm aritu, tidakle TT ketahui puncanya lagi. dah tak nak cite, TT pon malas nak pakse.
kesimpulannya, kadang2 laki ni kene 'seksa' jugak cket2 baru they all tau susah payah bini ni kan. Doakan le yang terbaik untuk TT dan anak2. TQ atas pendapat korang sume. doakanle TT bersalin ngan selamat. oo.. ye.. mmg TT nak suruh die tgk TT besalin kali ni. bagi insaf cket. Harap2 die tak pengsan. keh2!