CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Kelantan] 31 projek fasiliti kesihatan di Kelantan diluluskan

[Copy link]
Post time 6-11-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode
31 projek fasiliti kesihatan di Kelantan diluluskan[size=0.8][size=0.9]Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


PROJEK Klinik Kesihatan Penambang dirasmikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR



Kota Bharu: Sebanyak 31 projek pembangunan fasiliti kesihatan diluluskan di Kelantan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM623 juta menerusi Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata projek berkenaan terdiri daripada 24 projek sambungan dari RMKe-11 dengan kos sebanyak RM582 juta selain tujuh projek baharu dengan kos RM40.1 juta.

Menurutnya, antara projek baharu yang diluluskan adalah Projek Naik Taraf Asas Bekalan Air Alternatif di sembilan Klinik Kesihatan luar bandar.

"Selain itu, ia membabitkan pembinaan Klinik Kesihatan Gantian Jenis 3 di Bachok dengan kos keseluruhan RM35 juta.

"Kelulusan projek pembangunan fasiliti kesihatan ini menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Khairy berkata, menerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, secara keseluruhan peruntukan disediakan kepada KKM untuk tahun 2022 berjumlah RM32.41 bilion berbanding RM31.94 bilion pada tahun 2021.

Katanya, daripada jumlah itu, RM28.03 bilion disediakan di bawah Belanja Mengurus (B42) dan sejumlah RM4.38 bilion di bawah Peruntukan Pembangunan (P42).

"Di bawah Peruntukan Pembangunan yang diluluskan sebanyak RM4.38 bilion ini, projek yang diluluskan merangkumi projek pembangunan fasiliti kesihatan fizikal, termasuk membina hospital dan klinik baharu serta menaik taraf, mengubah suai dan membaik pulih fasiliti kesihatan sedia ada," katanya.

Mengulas mengenai projek Klinik Kesihatan Penambang, Khairy berkata projek berkenaan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM24.874 juta.

Katanya, projek itu dimulakan pada 11 Disember 2017 dan disiapkan sepenuhnya pada 28 April lalu.

31 projek fasiliti kesihatan di Kelantan diluluskan

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 12:41pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.285191 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list