MUHAMMAD Halim menyimpan rakun peliharaan dalam sangkar.
Hal itu tidak menghalang pengumpul koleksi haiwan eksotik, Muhammad Halim Zainal Abidin, 41, untuk memiliki rakun sebagai haiwan peliharaan.
"Antara yang membuatkan saya tertarik untuk pelihara rakun kerana muka haiwan itu sendiri istimewa dan unik. Kalau dibandingkan dengan haiwan lain, rasanya spesies mamalia ini satu-satunya yang paling hampir sama dengan rupa 'Zorro.'
"Tompok hitam pada kedua-dua mata membuatkan haiwan ini seolah-olah mengenakan topeng pada matanya. Disebabkan rupa itu juga saya menggunakan wajah rakun sebagai logo 'petting zoo'," katanya.
Kata Muhammad Halim, haiwan itu yang juga mendapat jolokan 'the masked bandit' sebenarnya memiliki reputasi yang kurang baik kerana dilihat sebagai haiwan perosak.
MUKA rakun memiliki imej seperti ‘Zorro’.
"Jika di negara asalnya iaitu di Amerika Utara, ia antara haiwan yang ada konflik dengan manusia kerana sikapnya gemar menyelongkar dan gemar merosakkan ladang tanaman di sana.
"Ia dibunuh seperti mana haiwan perosak lain dan tidak dibela sebagai haiwan peliharaan. Namun tidak bermakna tiada yang menyimpan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan.
"Sisi manja haiwan ini ialah suka bermain dan bergurau. Cuma pemiliknya kena tahu tangani dan latih supaya rakun dipelihara tahu untuk simpan kuku dan taring.
"Ia juga menyamai pengalaman memelihara kucing. Kucing ketika bermain biasanya akan 'menyimpan kuku' dan 'menggigit manja' begitu juga dengan rakun.
"Cuma lebih lasak dan agresif berbanding kucing. Ketika sesi 'bonding' kena ajar aspek penting iaitu tidak mencederakan pemilik atau ahli keluarga ketika main dengannya," katanya.
|