Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.
Video berkenaan tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.
Difahamkan, momen berkenaan merupakan satu daripada eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Bantu Pemuda Cina Nak Pergi Temu Duga Macam Anak Sendiri, Siap Sisir Rambut!
Menerusi video itu, Leeroy pada awalnya cuba menghampiri seorang lelaki untuk meminta bantuan untuk mengikatkan tali lehernya.
Menurut Leeroy, dia kononya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga.
Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut terus mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Leeroy.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga menyisir rambut hingga membuatkan Leeroy sebak.
Tindakan jujur itu sekali gus membuatkan ramai tersentuh.
Menurut kebanyakan netizen, lelaki tersebut seolah-oleh melayan Leeroy seperti anaknya sendiri.
Sumber: GEMPAK |