CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 11

Jururawat Terkejut, Lelaki Lumpuh Dan Lupa Ingatan Kini Boleh Jalan

[Copy link]
Post time 19-1-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Instagram Siti Rohayu





Masih ingatkah anda semua dengan wanita yang bernama Siti Rohayu? Mesti ramai yang teringat kembali kisah wanita ini yang cukup tabah menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih kurang 5 tahun lalu. Selepas insiden berkenaan, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sempat koma selama 90 hari dan hanya mampu terlantar akibat kecederaan yang serius di kepala yang turut menyebabkan dia hilang ingatan.

Setahun yang lalu, Siti Rohayu juga pernah menjadi bahan cacian daripada sesetengah netizen yang kononnya dia telah bertemu pasangan baru ketika suaminya sedang terlantar. Walau bagaimanapun, Rohayu dengan sekeras-kerasnya menafikan Rohayu isu tersebut dan menyatakan ia adalah satu fitnah untuk memisahkan mereka suami isteri di saat sukar itu.





Sumber: Instagram Siti Rohayu



"Umy kuat sebab doa kalian semua, Aby berada di sisi kami sebab doa kalian semua"


Tanggal 31 Disember (2021) yang lalu, Rohayu telah memuat naik satu posting baru di akaun Instagram sempena ulang tahun kelahirannya. Dia menyatakan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana telah meluaskan rezekinya dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya. Di dalam posting tersebut, kelihatan suaminya yang mampu berdiri dan semakin sihat. Alhamdulillah...







Sumber: Tiktok Siti Rohayu





"Sungguh saya tak sangka dia boleh sembuh sampai ke tahap ni…Saya salah seorang nurse jaga suami awak semasa di wad 2 Delima HUSM"


Baru-baru ini menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh Rohayu di TikTok, seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga suaminya di HUSM Kubang Kerian mengakui terkejut dan bersyukur melihat kesihatan suaminya yang sudah beransur pulih. Jururawat tersebut turut mengakui tidak menyangka Ridhwan boleh sembuh sampai ke tahap itu. Mana tidaknya, suami Rohayu kini kelihatan cukup aktif dan sudah mula boleh berjalan seperti sedia kala.


Benarlah kata orang, suami itu bahagia bila berada di samping wanita yang hebat…Kebanyakan netizen gembira melihat kebahagiaan suami isteri berkenaan. Dalam pada yang sama, ramai juga yang komen bahawa mereka sebak di saat mengenangkan pengorbanan dilalui Rohayu sewaktu menjaga suaminya. -CARI




Sumber: Tiktok Siti Rohayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah mcmna aii tee friend dgn dia kat fb..hahaha
Tau la kisah dia ni .husband kaki moto .p konvoi excident.. awai2 ja kawan p melawat .lepas tu semua kawan menyepi. Bini dia la dok jaga Laki dia .urus makan pakai semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh..ingatkan lepas beksin..macam kes kay india.[em:24:]
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la ingat kes dia ni iols pun salah sorang yg penah menderma dulu huhu

Senang dh hidup dia skrg ni ye tgk umah pun besar dh.
Tp suami dia nampak mcm kekanak gak fikirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:28 AM | Show all posts
Suchi replied at 20-1-2022 01:11 AM
Mesti la ingat kes dia ni iols pun salah sorang yg penah menderma dulu huhu

Senang dh hidup dia skr ...

Isteri di uji bila suami tiada apa apa
Suami di uji bila ada semua bende.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:18 PM | Show all posts
Allahu...alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 04:42 PM | Show all posts
Syukurlah semua dah kembali baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
yg bini dia kena tangkap berdua2an dgn laki lain dlm keta masa bln puasa tu yg mana? bkn couple ni ke? sbb kes tu pun laki dia terlantar sakit gak..kt tganu x silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni kan yg kes dgn adik angkat dia tu. yg netizen korek siap ada gmbr naik moto konvoi la ape la tu
ke i silap org. sb rs mcm cam gigi bawah dia trtarik kedepan. dia sorang je yg viral dgn gg cmtu
i bkn face shaming tau. sb dia snyum terus nampak part mulut bwh dia kedepan ti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 22-1-2022 04:59 PM
yg bini dia kena tangkap berdua2an dgn laki lain dlm keta masa bln puasa tu yg mana? bkn couple ni k ...

Yaaa dia la. Aii sbb terfriend dgn dia kat fb .ada la nampak dia post justify yg parent in law dia nak pisahkan dia dgn husband
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
yondu replied at 23-1-2022 02:35 AM
dia ni kan yg kes dgn adik angkat dia tu. yg netizen korek siap ada gmbr naik moto konvoi la ape la  ...

Yaa dia la..katanya tu adik angkat. Dia pun nak ada masa utk diri sendiri..kluaq berdua dgn adik angkat dah macam bukan bini org. Dressing pun kemain lagi ketat melekat baju..huhuu .tu apa yg netzn hencap la masa viral gambar dia dgn adik angkat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma ingt dia ni sbb poremer panggil ayu dagu kalu tak silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.475410 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list