CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 0

Zii Jia kena ‘gam’ dengan BAM selama dua tahun

[Copy link]
Post time 22-1-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode


ZII JIA digantung daripada mana-mana penyertaan kejohanan di bawah BWF selama dua tahun gara-gara keluar meninggalkan BAM.

TINDAKAN Lee Zii Jia yang keluar daripada skuad kebangsaan terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan No. 1 negara itu dalam mana-mana kejohanan naugan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun.

Turut menerima nasib sama ialah pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menyertai kelab profesional KLRC selepas mengumumkan persaraan sekitar September lalu ekoran masalah kesihatan.


JIN WEI menerima nasib yang sama dengan Zii Jia kena gam selama dua tahun oleh BAM.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos menegaskan, pemain-pemain negara yang mahu beraksi pada mana-mana kejohanan di bawah naugan BWF perlu mendapatkan kelulusan persatuan.

“Kami telah menerima surat peletakan jawatan Zii Jia daripada BAM sejak 11 Januari lepas dan kami sudah melakukan beberapa langkah serta perbincangan bagi memastikan dia kekal dalam skuad kebangsaan.

“Bagaimanapun, ia tidak berhasil dan Zii Jia tetap dengan keputusan untuk keluar daripada BAM atas sebab tekanan dan sebagainya.

“Sudah pasti ia adalah keputusan yang mengecewakan bagi BAM kerana melepaskan khidmat pemain seperti Zii Jia.

“Namun atas tindakan yang telah diambil, BAM mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia bagi pertandingan BWF selama dua tahun bermula 18 Januari 2022,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bagaimanapun, Jahaberdeen berkata, kedua-dua pemain tersebut boleh mengemukakan rayuan atas keputusan yang telah diputuskan tersebut.

“Pintu rayuan masih dibuka buat kedua-dua pemain tersebut. Tiada masalah buat BAM dan kita berharap rayuan itu dibuat secepat yang mungkin,” tambahnya. – K! ONLINE


kosmo.com.my/2022/01/21

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.254345 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list