CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 9

'Datang Buat Muka Macam Aku Nak Rampas Suami Kau'

[Copy link]
Post time 25-1-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan


Cemburu adalah perasaan dan sifat semula jadi manusia. Ada yang kata, cemburu itu tandanya sayang, tetapi andai tidak dikawal sikap itu boleh membinasakan dan kebiasaannya wanita sering dikaitkan dengan sifat sedemikian.


Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook, dia hanya sekadar melayan perbualan seorang lelaki yang tiba-tiba saja menceritakan anaknya sudah dua minggu batuk berkahak dan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh.


Tidak lama kemudian, isteri kepada lelaki berkenaan datang dan bertanya pada suami mengenai dirinya. Isteri itu juga terus mengajak suaminya duduk di tempat lain.







''Menjengkelkanlah perempuan yang insecure kalau laki dia bercakap dengan perempuan lain. Datang buat muka macam aku nak rampas suami kau pula. Siap cakap, 'Siapa tu? Jomlah duduk sana'. Pada hal, sana mana ada kerusi kosong.


"Suami kau yang tanya-tanya, aku pun bosan borak sajalah. Duduk pun jauh. Selang lima kerusi kot. Takde kuasa aku nak ambil suami orang, aku pun ada suamilah. Simpan-simpanlah cemburu tu sikit," tulisnya.


Wanita itu turut menceritakan pernah berhadapan situasi serupa sebelum ini. Katanya, dia sedang berbual dengan seorang lelaki berusia yang mirip dengan wajah ayahnya. Isteri lelaki berkenaan pula datang dengan muka cemburu.


"Memang patutlah cemburu tapi agak-agaklah," katanya.

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 03:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xknla xboleh ckp langsung. Nk skandal ni pilihan. Bukan semua laki kuat nyembang ada affair. Pendiam pun klu nk ada skandal ada gak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:08 PM | Show all posts
Laki aku nak buka mulut pun payah, be it physically or virtually so ok lah kot aku takyah nak cemburu tak tentu pasal
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyondol ada di mana mana je sekarang jenis yang tak malu or terdesak main try je laki orang. Kalau laki tu tak melayan, ok. Kalau melayan selamat terima madu kohkohkoh. Kalau tak sanggup kena move on. Sebab tu jgn tayang bahagia sgt. Tapi kalau tak tayang pun terkena. Eh susah la nak ckp, ikut la nasib masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:32 PM | Show all posts
Wasap,acc fb/ig shuben mmg i ada access. Yg paling2 xbkenan tgk komen2 member ppuan yg suka guna terms 'dear'..'kesayangn ambo'..yada yada..Helo. laki org kot. u pn blaki. Hahahaha...tp i xdak pn nk meroyan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga pepatah diam-diam ubi berisi. Kalau nk buat hal jenis kuat sembang boleh pendiam pun boleh. Bini camni lawak plak rasa. So dia letak cctv ke kat laki dia? Heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:29 PM | Show all posts
aku dh kena bende2 mcm ni.. penyudahnya sampai skang aku tk approve semua office mate lelaki aku.. lelaki yg ade dlm fb fren aku is kwn matrik 3 ketul pastu bos lelaki.. tu jek.. lain2 mmg aku decline.. sbb pompuan kalau dtg gila dia, kita pandang laki dia pun dia ckp kita nk ngurat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 09:35 PM | Show all posts
janganlah cemburu sampai menyusahkan diri dan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
suami mmg jenis mesra alam x kira lelaki atau perempuan x kira umur. makcik2 ke remaja je sebaya ke semua dia mesra alam. opposite dgn perangai i jenis sgt2 reserved sgt menjaga pergaulan terutama dgn berlainan jantina. mmg i xleh trima sbnrnya, time ade office die buat event, dia boleh tinggalkan i  n duk melayan kawan2 termasuk perempuan. i marah sungguh2. i terus blah pi tgk wayang dari join event office dia. sampai skrg i mmg x join dah event office suami. serik. i tau dia mmg jenis mesra alam n bila i dtg je kat tmpat diorg berborak semua senyap termasuk yg perempuan2. bini2 org pun sibuk ye melayan suami org. bergelak ketawa bermesra2. ish i mmg x boleh la tgk cara pergaulan suami. last2 i decided malas nk pikir bukan2, biarlah Allah tahu segalanya.he is a grown ass man. pandaila pikir dosa pahala. i just tegur once in a while, selebihnya i serahnpada Allah. i x nak dia takut buat salah sbb i, tp biar dia takut buat dosa kerana Allah. sentiasa igtkan diri n husband utk dekatkan diri dgn Allah. igt Allah setiap masa. jaga diri kerana Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053237 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list