CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 15

Suami Jalin Hubungan Songsang Hanya 'Sentuh' Isteri 4 Kali Setahun

[Copy link]
Post time 25-1-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode




Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat tahu suaminya mempunyai nafsu ‘songsang’ dan merasa tidak bahagia setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga.


Mari kita ikuti luahan yang dikongsikan dalam program bual bicara ‘Aduan Jiwa’ di TV9.


Kisah wanita yang mahu dikenali sebagai Dewi (bukan nama sebenar) bermula apabila dia memberitahu bahawa dia mengenali suaminya itu menerusi orang ketiga.


Dalam masa hanya setahun perkenalan, mereka berdua memutuskan untuk bertunang dan bernikah setelah dipersetujui kedua-dua keluarga.


Menurut Dewi, niat asal dia meneruskan perkahwinan itu adalah atas dasar restu kedua ibu bapa, bukan sebab cinta kerana Dewi tidak mengenali suaminya sebelum tu.








Tetapi, sepanjang perkahwinan mereka, si suami tidak pernah sekalipun memberi nafkah. Malah, sering memaki Dewi dengan menggunakan kata-kata kesat.


Dewi juga langsung tidak mengesyaki suaminya itu sebenarnya bernafsu songsang (gay) sehinggalah dia berasa kurang sihat dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor.


Selepas keputusan dikeluarkan doktor yang merawat, Dewi mendapat tahu yang dia dijangkiti penyakit kelamin (STD). Pada mulanya, Dewi tidak mengesyaki apa-apa dan menyangkakan yang dia mendapat jangkitan itu daripada masalah kesihatan dirinya juga.


Yang menyedihkan lagi, Dewi menyatakan bahawa suaminya hanya ‘menyentuhnya’ sebanyak tiga atau empat kali sahaja dalam masa setahun. Apabila dia meluahkan perkara itu, suaminya mengatakan dia seorang yang gila.









Ketika itu, Dewi masih tidak mengetahui suaminya mempunyai hubungan terlarang dan beranggapan suaminya beronani kerana dia menjumpai pelbagai minyak urutan.


Bila ditanya, memang dia tidak pernah menjawab dan Dewi juga tidak tahu mengenai hubungan sosial suaminya yang selalu melarang Dewi daripada memegang telefonnya.


Tidak lama dari Dewi mengetahui dia menghidap STD, dia dikejarkan ke hospital kerana penyakitnya itu menjadi semakin serius dan perlu menjalani rawatan susulan. Ketika itulah Dewi mendapat tahu punca penyakitnya dan yakin bahawa suaminya ada menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuannya selama bertahun-tahun.


Sebelum berkahwin, salah seorang kenalan suaminya memberitahu lelaki itu pernah mengikuti grup LGBT.


Dewi juga pernah berbincang dengan suaminya bahawa dia mahu berpisah sebab tidak sanggup menerima suaminya sebagai beban dalam hidup dan mengganggu emosinya.


Menurutnya, dia bertahan sebab keluarga dan silapnya sebab dia berharap pada  orang yang salah. Dewi ingatkan suaminya akan berubah.


Akhirnya, Dewi membuat keputusan untuk bercerai dan sehingga sekarang dia masih berasa bahawa dia tidak layak untuk hidup bahagia dan bekas suaminya itu masih merahsiakan hubungan songsangnya.


"Saya rasa tak layak untuk hidup bahagia dan trauma apa yang jadi dekat diri saya", kata Dewi menerusi temu bual bersama Aduan Jiwa.


Kredit: Youtube Aduan Jiwa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan aku ramaiiiiii jd kes gini
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkahwin sebab nak tutup identitinya yg keji. Yang jadi mangsa pasangan tu. Semoga kau dapat kifarah selayaknya atas bumi ini dan di akhirat nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:53 AM | Show all posts
matbad replied at 26-1-2022 07:01 AM
kawan aku ramaiiiiii jd kes gini

mcm mana nak detect beb..
kawan aku baru bercerai after 3 mths kawen, laki tak pernah sentuh
tp aku tak pasti laki dia gay ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:19 AM | Show all posts
Saya pun antara yang mempunyai kenalan nafsu songsang. Berkahwin sebab nak tutup perbuatan keji..
Kesian isteri dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:26 AM | Show all posts
matbad replied at 25-1-2022 11:01 PM
kawan aku ramaiiiiii jd kes gini

wow sampai ramai ya, member sendiri pulak tu

biasa dengar cerita member kepada member je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 26-1-2022 09:53 AM
mcm mana nak detect beb..
kawan aku baru bercerai after 3 mths kawen, laki tak pernah sentuh
tp ak ...

Kalau dah 3 bulan kawen tapi laki tak pernah sentuh, sesuatu sangat. Takkan lakinya tak bernafsu kat dia?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:59 AM | Show all posts
Marunggey replied at 26-1-2022 11:56 AM
Kalau dah 3 bulan kawen tapi laki tak pernah sentuh, sesuatu sangat. Takkan lakinya tak bernafsu k ...

katanya ada anxiety..
tp kalau ikut logic aku la, boleh je kan nak berubat ke apa instead of cerai terus..
aku rasa nikah tu mcm nak coverina je.. nanti guna alasan 1st marriage failed, trauma..
so boleh menggayah smpai mampus.. gitu hati hitamku berkata hahA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 12:40 PM | Show all posts
Aniaya kaum pompuan je. Xpasal dapat title janda meletop.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:58 PM | Show all posts
Sengsara nya lahai hidup macam ni. Iolls kadang2 penah la saja2 tanya suami, ada tak kawan2 heolls yang gay/pondan. Dia kata tak penah. Kalau ade kawan camtu dalam geng2 lepak dia, katanya mmg mampos kena belasah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 26-1-2022 11:59 AM
katanya ada anxiety..
tp kalau ikut logic aku la, boleh je kan nak berubat ke apa instead of cerai ...

Laki tu yg anxiety? Siyess arr?? Boleh ye sampai tahapp tu? Kalau bini yg anxiety boleh terima akal lagi. Dah tahu anxiety mengapa la menikah. Yes, betul ikut logiknya pergila berubat, jumpa pakar. Bau ikan di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:36 PM | Show all posts
Jangan aniaya pasangan demi untuk menutup kesalahan sendiri buat cara tu pasti tak akan bertahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:43 PM | Show all posts
Janganlah aniaya orang lebih-lebih lagi kepada sang isteri
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:04 PM | Show all posts
Marunggey replied at 26-1-2022 03:33 PM
Laki tu yg anxiety? Siyess arr?? Boleh ye sampai tahapp tu? Kalau bini yg anxiety boleh terima aka ...

ye laki tu.. ceraikan pun tiba2 je..
member aku tu tak habis2 sedih, asyik teringat je..
mcm senang sgt laki tu lepaskan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 26-1-2022 09:53 AM
mcm mana nak detect beb..
kawan aku baru bercerai after 3 mths kawen, laki tak pernah sentuh
tp ak ...

cuba suruh kwn ko cari kawan2 yg gay. gay ni ada byk apps. gay akan tersangat aktif kat apps dan ig. kebanyakkan dorg kenal sesama dorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 26-1-2022 11:26 AM
wow sampai ramai ya, member sendiri pulak tu

biasa dengar cerita member kepada member je

haha membe aku ramai yg gay kawen sbb bini berkerjaya dan nk tutup ja. tgk laki menggedik kalah mcm pompuan. nk bagitau kat bini dorg aku xgamak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055524 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list