View: 1077|Reply: 2
|
Spider Jenama Pakaian Sukan Yang Selesa Dipakai, Al Jufferi Pun Suka!
[Copy link]
|
|
Ada sesetengah orang amat mementingkan jenama pakaian untuk disarungkan ke tubuh badan. Kalau ada jenama, baru nampak klasss! Itu pandangan individu, tiada kena mengena dengan orang lain.
Namun, adalah menjadi satu kebanggaan jika kita mengenakan jenama buatan Malaysia sebagai tanda menyokong produk tempatan. Tahukah anda, bahawa Malaysia pun ada produk pakaian setanding jenama antarabangsa iaitu Spider yang dikeluarkan oleh anak jati Malaysia?
Kredit foto: FB
Pakaian sukan tersebut menggunakan jenama Spider bagi merujuk kepada labah-labah, kumpulan haiwan tanpa tulang belakang yang menghasilkan sutera. Benang sutera yang dihasilkan oleh labah-labah yang digunakan untuk memerangkap serangga adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli.
Sehubungan itu, jenama Spider yang dicipta dan diperkenalkan Aesos Lai sesuai dipakai oleh mereka yang aktif bersukan dan di waktu sama, masih tampak bergaya.
Pakaian sukan yang mengutamakan penampilan si pemakai agar kelihatan bergaya walapun aktif bersukan itu diperbuat daripada bahan berkualiti premium dengan penggunaan pembuatan teknologi tinggi.
Kredit foto: FB
Aesos Lai yang merupakan Pengasas dan Presiden I AM KL Sdn. Bhd. adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pakaian sukan jenama Spider yang direka mengikut kesesuaian pengguna tempatan.
Beliau yang bercita-cita untuk menjadikan Spider setanding dengan jenama antarabangsa lain berkata, pakaian itu direka dengan kelebihan tersendiri dan berbaloi untuk dimiliki.
“Kami menggunakan material berkualiti, tidak mudah berkedut dan selesa dipakai. Malah, pakaian sukan ini boleh dicuci dengan mesin basuh. Bila dipakai, tidak akan rasa panas kerana kain yang digunakan bersesuaian untuk mereka yang kaki gim. Pakaian ini ringan dan jahitannya juga kukuh serta cepat kering,” jelasnya tentang keistimewaan pakaian jenama Spider itu.
Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk syarikat pengeluaran durian ternama di Malaysia, Sunshine Kingdom yang pernah memenangi pelbagai anugerah untuk kategori Alhi Perniagaan Berjaya pada 2016 hingga 2021 itu berharap produk jenama Spider memenuhi cita rasa mereka yang aktif bersukan.
Jelasnya, jika anda ingin tampak bergaya dan selesa sewaktu bersukan, Spider adalah pilihan tepat kerana pakaian jenama ini direka khas untuk aktiviti sukan tertutup (indoor) ataupun di luar.
Rekaan kemeja-T Spider ini berbeza daripada jenama lain kerana Spider mengambil kira lima ciri utama sewaktu direka demi keselesaan pengguna.
Rekaannya menitikberatkan di bahagian tengah kemeja-T, rekaan bentuk dan corak yang selesa di bahagian lengan bagi mewujudkan keseimbangan visual serta pada kedua-dua sisi garis pinggang yang memberikan kesan visual tambahan.
Bukan setakat rekaan menarik dan selesa dipakai, logo jenama Spider yang terdapat di setiap pakaian itu sendiri membawa makna Kemakmuran Berganda.
Abjad ‘S’ melambangkan struktur badan labah-labah yang sekali pandang, tampak seperti nombor 8. Bagi masyarakat Cina, nombor lapan membawa maksud Kemakmuran. Memandangkan labah-labah mempunyai lapan kaki, maka logo Spider yang mewakili 8 & 8 membawa maksud Kemakmuran Berganda.
Kredit foto: The Artisans Haven
Menariknya, pakaian jenama Spider ini direka berdasarkan warna Bendera Malaysia. Untuk siri pertama, Siri 1 menggabungkan warna merah, putih dan biru yang melambangkan energetik dan bersemangat. Manakala Siri 2 pula merujuk warna keemasan iaitu warna kuning di bendera Malaysia yang membawa maksud generasi berfesyen masa kini ada kelas tersendiri.
Kini pakaian jenama Spider tampil dengan rekaan baharu yang merujuk kepada Kuasa dan Pahlawan. Rekaan ini bertujuan untuk memberi semangat dan inspirasi kepada si pemakaian terutama generasi muda supaya memiliki sikap sentiasa ingin berjaya dalam apa jua yang diceburi. Semangat seorang pahlawan perlu ada untuk membentuk masa depan yang berjaya.
Maksud di sebalik kuasa (Power) adalah berkaitan dengan minda iaitu cara mengawal diri untuk mencapai kejayaan. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu ada semangat untuk melangkah ke hadapan. Tanpa semangat itu, kita tidak akan ke mana kerana tiada manusia yang lahir terus hebat. Hanya dengan kuasa dan tindakan berani menjadikan kita sebagai seorang yang hebat.
Sementara itu, Pahlawan atau Warrior pula berkaitan dengan hati. Untuk mencari keberanian dan membina keyakinan diri, seorang pahlawan atau pejuang tak akan berhenti. Mereka akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk memenangi pertarungan atau menyelesaikan misi.
Oleh kerana jenama Spider ini menggambarkan mereka yang aktif bersukan, maka pesilat negara Mohd. Al Jufferi Jamari dilantik sebagai model untuk memperagakan jenama tersebut. Bersesuaian dengan aktiviti sukan yang diceburi, juara silat dunia tiga kali itu mengakui kemeja-T Spider serasi dengan dirinya.
Kredit foto: The Artisans Haven
“Bila saya memakai kemeja-T Spider, rasa selesa sangat sebab ia menggunakan kain yang berkualiti. Ia selesa dipakai sewaktu beriadah atau bersantai dengan keluarga. Cepat serap peluh dan rekaannya yang eksklusif itu membuatkan pergerakan kita selesa.
“Begitu juga dengan warna kemeja-T Spider yang nampak eksklusif dan sesuai untuk lelaki dan wanita. Apa yang pasti, pakaian ini berbaloi untuk dimiliki sesiapa saja yang aktif bersukan dan bagi mereka yang suka bergaya,” katanya yang merupakan pelakon utama untuk filem Syahadah.
Selain Jufferi, seorang lagi model yang diberi tanggungjawab memperagakan kemeja-T Spider ialah Danial Amsyar yang tertarik dengan jenama tersebut kerana selesa dengan material kain digunakan untuk pakaian tersebut.
“Bagi saya, kemeja-T Spider mempunyai kelebihan seperti namanya sendiri iaitu merujuk kepada labah-labah yang menghasilkan sutera yang lima kali ganda lebih kuat. Maka, sudah semestinya kualiti kain digunakan mempunyai persamaan seperti benang sutera tersebut yang tidak mudah berkedut dan selesa dipakai. Malah, kemeja-T ini sesuai kepada mereka yang aktif bersukan dan bergaya pada masa yang sama.
“Selain material berkualiti, warna dan rekaan pakaian ini juga menarik. Saya sendiri tertarik kepada warna dan corak “Spider Power” yang menggunakan gabungan warna merah dan putih. Warna dan corak ini dapat melambangkan diri saya sendiri iaitu seorang yang yakin dan berani, tetapi masih mengekalkan harmoni dan kesucian seperti warna putih.
“Antara banyak produk Spider, saya paling suka dengan “Spider Power”. Perkataan power itu sendiri membawa maksud menguatkan minda dan mengembangkan kawalan diri. Perkataan tersebut memberikan inspirasi kepada saya agar kehidupan saya lebih yakin dan berjaya,” katanya.
Bagi Melisha Lin pula, kemaja-T Spider menjadi pilihan kerana bertepatan dengan gaya hidupnya yang aktif. Kata Melisha atau mesra dengan panggilan Mel, fabrik berkualiti menyebabkan beliau selesa memakai pakaian tersebut sewaktu bersukan.
“T-shirt Spider ini sangat ringan dan fabrik digunakan sesuai untuk Mel sebab Mel adalah seorang yang selalu pergi gim dan workout. Bila Mel pakai kemeja-T Spider, rasa macam tak pakai apa-apa sebab ia ringan di atas badan. Lagi satu yang best, bila kita basuh baju tu tak perlu iron sebab baju tu memang fabrik jenis cepat kering. Kalau kita pakai masa work out untuk tempoh lama, kain baju tu masih rasa sejuk di atas badan.
“Corak pakaian Spider yang menarik perhatian Mel adalah koleski baju Pahlawan atau Warrior sebab konsepnya amat dekat dengan hati Mel. Sebagai seorang wakil negara dalam pertandingan Ratu Cantik, Mel amat minat dengan perkataan Pahlawan atau Warrior untuk mewakili pentas antarabangsa.
“Cerita di sebalik baju itu amat penting sebab ia melambangkan diri kita, terutamanya tentang sikap yakin diri yang perlu ada untuk membolehkan kita mencapai apa yang dihajati. Mel rasa amat close to my heart.
"roduk Spider yang menarik perhatian Mel ialah wallet. Wallet logo Spider ini ada banyak slot dan poket untuk letak kad, kad perkenalan dan apa saja. Banyak fungsi wallet ni, mak Mel pun minat. Kalau nak beli wallet, Mel cadangkan wallet Spider,” katanya.
Klik di sini untuk info lebih lanjut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sapa komen ke? Lemahh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|