|
Kalau anda guna aplikasi Instagram, memang mustahil untuk cari dan padam komen atau reaksi di aplikasi tersebut. Tetapi melalui ciri "Your Activity" yang tersedia di Instagram sekarang, anda boleh mengurus aktiviti di Instagram dengan lebih mudah.
Kredit foto: CNBC
Memetik SoyaCincau, ciri ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna menyemak dan memadam interaksi lama di dalam Instagram.
Anda hanya perlu pergi ke profil, tekan klik garis melintang di bahagian kanan sebelah atas, kemudian pilih "Your Activity" dan anda akan nampak sembilan pilihan.
kredit foto: SoyaCincau
Ada 9 perkara yang anda boleh buat di tetapan "Your Activity" seperti melihat masa yang anda luangkan di Instagram, arkib atau padam gambar dan video yang telah dikongsikan.
Periksa sejarah akaun dan banyak lagi. Ini akan membantu pengguna yang mahu melihat semula komen yang lepas ataupun melihat sejarah akaun miliknya.
Adakah anda suka dengan penambahan yang diberikan oleh Instagram? -CARI |
|