CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 5

“Siapa Punya Spender Ni” –Lelaki Dituduh Isteri Bawa Perempuan Masuk Rumah, Padahal…

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Twitter Aimzama




Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Aimzama di Twitter mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur.


Tweet lelaki itu berkenaan dengan 'seluar dalam' yang menyebabkan dia terpaksa memujuk isterinya yang salah sangka.


Sumber: Twitter Aimzama







Kata Aimzama, dia dan isterinya tinggal di sebuah flat dan kisah bermula apabila dia membantu isterinya mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian rumahnya.


Kebetulan semasa hari kejadian, isterinya tiada di rumah. Disebabkan seluar dalam itu turut berada di ampaian rumahnya, lelaki itu terus mengambil seluar dalam itu kerana beranggapan bahawa seluar dalam itu milik isterinya.


Namun tanpa disedari, rupa-rupanya 'spender' itu bukan milik isterinya. Hanya disebabkan hal itu, isterinya menyangka dia ada membawa 'perempuan lain' ke rumah mereka.


Aimzama yang turut berkongsikan tentang perkara itu di status Facebook miliknya mengatakan bahawa dia berasa sangat lega hati apabila ada salah seorang jirannya tampil untuk membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumahnya.


Sumber: Twitter Aimzama







Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya begitu terhibur dengan perkongsian Aimzama. Syukurlah, nasib baik ada jiran yang tolong 'backup' si Aimzama ini, kalau tidak habislah dia terpaksa memujuk isterinya selama berhari-hari.  -CARI


Sumber: Twitter Aimzama






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan la spender sindai luaq rumah..apoo
Hat adik2 tu sidai dlm rumah la..xmalu ka sidai luaq rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:11 PM | Show all posts
haha, teringat masa aku sekolah dulu,
hujan lebat selebat-lebatnya petang tu.
langit gelap habis, macam waktu malam, dengan angin kuat, kilat sabung-menyabung.

rumah lama kami tingkat 2, ada balcony.
aku pun tengok la hujan kat luar, pastu nampak ada burung aneh terbang dalam hujan
coli orang kena tiup angin,
dari balcony blok sebelah, dia terbang, landing ke balcony blok sebelah

RIP tuan rumah kalau kena kitai bini  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols jemur anak2 dlm rumah...n husb iols kenal my pende sbb heols yg tukang jemur semua pakaian tiapkali basuh...so kalo jd mcm ni jgk memg iols parangkan je heols
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:28 PM | Show all posts
kekeekekek terhibur...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:12 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 16-2-2022 03:51 PM
Xkan la spender sindai luaq rumah..apoo
Hat adik2 tu sidai dlm rumah la..xmalu ka sidai luaq rumah
...

Setengah orang tu mana ada kemaluan dia nak sidai dia main sidai je ikut suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048687 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list