View: 1595|Reply: 7
|
Netizen Sakit Hati Cara Peminta Sedekah Tak Berganjak Sehingga Dapat Wang
[Copy link]
|
|
Ada satu video tular di video sosial TikTok yang menunjukkan seorang peminta sedekah yang tidak mahu berganjak sehingga dapat duit daripada pelanggan yang sedang makan, dalam video tersebut pegemis itu dilihat menepuk bahu pelanggan sehinggakan pelanggan itu berasa tidak selesa.
kredit foto: TikTok
Petikan dari Beautifulnara, pelanggan itu terpaksa keluar kedai makan itu apabila mereka kerap diganggu oleh peminta sedekah berkenaan.
Kejadian itu dirakam pelanggan lain yang berada di kedai makan terbabit dan mendapat perhatian pengguna TikTok.
Ramai yang bersetuju dengan kata-kata perakam video tersebut bahawa mereka tidak perlu beri duit kepada orang yang sihat tubuh badan kerana takut mereka akan terbiasa memperoleh sesuatu tanpa usaha dan berharap pihak kedai makan cuba mengelak perkara ini dari berulang.
kredit foto: Tiktok
Difahamkan, kejadian ini berlaku di Rantauprapat Sumatra Utara di Indonesia. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah baca dalam komik hongkong. Ajaran Kumpulan Pengemis, tuan rumah akan menjadi lebih pemurah selepas perut mereka kenyang.
Teringat masa study dekat kolej dulu. Tengah tunggu bas dekat terminal sambil pegang air tin dan tengok handphone. Ada sorang aunty tepuk bahu aku lepas tu tunjuk air tin yang aku pegang. Aku cakap belum buka lagi. Dia suruh aku minum dekat situ juga. Punya lah malu orang tengok. Dia tunggu aku buka tin minum siap suruh aku cepat sikit. Dalam karung dia banyak tin kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada this little girl nudging mintak duit sbb nak makan, aku kebetulan ada beli KFC so aku bagi je ayam tu. Dia tak ambil pun ayam tu sbb dia nak cash. Sorry dik hakak tak nak jadi enabler sindiket pemintak sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
duluuu masa 1st time iolss jejakkan kaki kat sabah, kotrg g makan kat food court ni. lupa lak apa nama tempat tu. tapi tepi pantai la. makan sekali dgn kawan ayah iolss yg dah lama kerja kat situ.
pastu dtg sorg budak pompuan ni. berdiri je tepi meja ktorg ni. kalau tgk memang kesian la kan. kawan ayah iolss tu cakap. buat tak tau je, dia nak duit tu. jangan bagi. nanti dia pggl geng. lama jugak la budak tu terpacak kat situ. ktorg blah baru dia blah. tapi cek jugak purse, barang ktorg sume. seb baik ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
dh sampai tahap macam forcing ppl plak..
tokey kedai plak tengok je ke? tu yang diorang naik lemak..
iols kalau kedai tu selalu kena kacau ngan peminta sedekah ni, memang i avoid la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan punya kedai pun elok main peranan sama, kalau nampak golongan mereka ni memasuki premis eloklah segera bertindak demi keselesaan pelanggan yang datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka hensem...pakaian kemas, tapi pakai selipar jamban....terus tak terkata apa.....
Bebudak skrg suka beno pakai selipar jamban....ank aku pun sama....kitorang dulu, selipar jamban tu pakai kat kaw rumah je....mgkin sbb didikan kat asrama diharamkn pakai selipar jamban selain dari dlm dorm |
|
|
|
|
|
|
|
Piminta sedekah ni indon pun ada. Aku takat geleng kepala, takde marah pun dia tumpahkan air dan mencarut bila aku tak bagi cash. Memang syaiton sungguh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|