View: 1171|Reply: 3
|
RXZ Tersidai 3 Bulan Di Pos Laju, Lapor Polis Kalau Tak Terima 25 Februari Ini!
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki kecewa apabila motosikal dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju dari Tawau, Sabah masih dalam proses penghantaran dan belum diterima pemiliknya di Temerloh, Pahang selepas berbulan menunggu.
kredit foto: Facebook
Menurut laporan Majoriti, pemilik motosikal itu, Muhd Zakry berkata, dia sudah menunggu hampir tiga bulan sejak motosikal miliknya dihantar pada 13 Disember lalu.
Menurutnya, dia sudah hubungi pihak Pos Laju tentang motosikalnya itu dan pihak berkenaan melaporkan kenderaannya itu berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.
Berbeza dengan jawapan diterimanya sebelum ini apabila Pos Laju memaklumkan motosikalnya telah berada di Pelabuhan Klang.
kredit foto: Facebook
Zakry berharap Pos Laju akan mengambil perhatian berkaitan kes tersebut kerana proses penghantaran motosikal agak rumit.
Dia yang bertugas sebagai anggota tentera memberitahu bahawa dia menghantar kenderaan itu ke Pahang kerana dipindahkan tugas dari Sabah ke Pahang.
kredit foto: Facebook
Menurut Zakry, caj penghantaran motorsikal itu bernilai RM1,025 dan dia tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis jika ia tidak diterimanya 25 Februari ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haaahah...kesian...byk mata dh mark moto ko tu bang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Motor harga keras bang.. ada la tu mata-mata nak.. tp dia pun org uniform tu yg susah nk buat keje. Uniform nk lawan uniform |
|
|
|
|
|
|
| |
|