View: 1168|Reply: 9
|
"Ni Nama Dia Kawan C*l*ka, "Lari Tak Cukup Tanah Bila Kawan Buat 'Prank' Hantu
[Copy link]
|
|
Sumber: Twitter Rudy
Budaya prank ini seolah-olah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. Rata-rata kita mesti pernah dikenakan prank oleh kawan-kawan sebelum ini. Kadang-kadang prank semasa hari jadi di mana rakan-rakan kita saja berkomplot seperti mahu bergaduh dengan kita tetapi akhirnya mereka sengaja melakukan prank sebegitu untuk menyambut hari lahir kita. Tetapi lain pula dengan kisah yang akan diceritakan ini.
Beberapa hari yang lepas, viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai rudy di platform Twitter. Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki sengaja membuat prank hantu kepada rakan-rakannya yang sibuk bermain game.
Video yang berdurasi 44 saat ini menunjukkan lelaki itu memakai seperti hantu tanpa kepala dan masuk ke dalam bilik semasa rakan-rakan sedang bermain game. Sebaik sahaja dia tiba di dalam bilik, dia terus melemparkan 'kepalanya' kepada rakannya yang duduk di atas tilam.
Namun, tindakan rakan-rakannya telah menyebabkan penonton sangat terhibur. Oleh kerana terlalu takut, rakan-rakan mula menjerit dan berlari di dalam ruang yang sempit itu. Salah seorang rakannya juga bertindak melemparkan kepala itu.
Sumber: Twitter Rudy
Di akhir video itu menunjukkan rakan-rakannya berjaya meloloskan diri dari bilik itu. Ada yang merangkak dan berlari seperti tidak cukup tanah tetapi mereka meninggalkan seorang lagi rakan mereka di dalam bilik bersama hantu itu.
Oleh kerana terlalu takut, rakannya itu mengorek-ngorek tilam dalam posisi menonggeng sambil menendang-nendang kakinya. Ramai betul netizen yang terhibur dengan tindakan lelaki itu.
Sumber: Twitter Rudy
Walaupun video itu hanyalah untuk bergurau sahaja, tetapi seboleh-bolehnya, elakkanlah untuk bergurau sebegini kerana ada orang yang betul-betul takut dengan hantu. Prank sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka trauma. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yamg tertonggeng2 korek tilam tu kelakar.. Dia ingat dia ostrich ke |
|
|
|
|
|
|
|
dah la yang paling last lari, mesti menangis kena tinggal kawan-kawan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk terkincit kaka tengok yang dok korek tilam tu..mesti trauma gila sebab smpi xdpt fikir at all dah |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik takde yg berani pergi flying kick hantu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia ke ni? kelakar. yg baju hitam tu menonggeng2 cari jalan kuar |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak pulak jadinya kesian kawan2 dipermainkan macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
video indon ni kan.. rasa mcm dibuat2 pun ada.. siap camera angle cantek punyer |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib yg berlakon jadi hantu tak jumpa hantu bbetul..kalau kena...itu mmg best. |
|
|
|
|
|
|
|
Lucu sungguh.. semoga dijadikan amalan sepanjang zaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|