Aksi pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan si suami dipukul dengan topi keledar sehingga bajunya koyak, lapor laman Berita Hits.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di wilayah Jawa Tengah itu, mereka dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.
Kredit foto: IG Kabar Negri
Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu.
Lelaki itu tidak melawan, sebaliknya hanya cuba mengelak daripada dipukul dengan menepis menggunakan tangannya.
Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan keadaan itu dan terus membelasah lelaki tersebut menggunakan topi keledar pada anggota badan yang lain.
Video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut ketika itu.
Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mengenai punca pertengkaran mereka.
Sumber: Kosmo
|