View: 1162|Reply: 9
|
Seronok Atau Tidak Jadi Anak Tunggal? Ini Jawapan Netizen
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini di media sosial Twitter, ada ciapan dari pengacara TV iaitu Fedtri Yahya mengenai seorang individu bertanyakan melalui "direct message(DM)" mengenai "perasaan" anak tunggal di media sosial, kerana menurut individu itu dia mahu memiliki seorang anak sahaja setelah berkahwin nanti.
kredit foto: The Irish Times
Soalan itu ditanyakan semula melalui ciapan Fedtri dan ciapan itu mendapat pelbagai respon dari anak tunggal di media sosial yang berkongsikan kisah mereka.
Difahamkan, ada yang mengatakan kehidupan mereka rasa sunyi tanpa ditemani dengan adik-beradik yang lain.
Tambahan pula, ada yang memberitahu bahawa kebanyakannya anak tunggal tidak mempunyai ramai kawan, mereka juga lebih berdikari, kurang suka berkongsi barang peribadi dan selalu dibuli oleh orang lain.
Berikutan itu, ada netizen menasihati ibu bapa yang mampu untuk melahirkan anak yang ramai supaya mereka tidak keseorangan apabila mereka menjadi dewasa. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ermm,betul la tu,bila sorg2 ni mmg xbest,x ramai kawan,x suka bising2,kena adapt bila dah kawin nt dgn pasangan yg adik beradik ramai,kalau x mmg susah la ,
walaupun aku bukan anak tunggal,tapi beza aku dgn adik beradik aku jauh,7 tahun,aku plak yg bongsu,masa kecik2 mmg terasa mcm anak tunggal sbb abg2 aku duk asrama,
bila dah dewasa masing2 dah bekeluarga baru rasa boleh kamcing sbb sama2 da matang |
|
|
|
|
|
|
|
kalau adik beradik ramai tapi yang lelaki tunggal sorang boring jugak.
adik beradik prempuan main tukar tukar tudung. tak leh join sekali.
nak borak sembang bola kereta kena lepak kat mamak
|
|
|
|
|
|
|
|
My daughter tanya kenapa dia tunggal, so me bagitau bebetul.
Masa dapat dia, selepas 11 tahun mama dan papa berkahwin, jadi umur mama dah 39 tahun.
Banyak risiko kalau mengandung lagi, adik mungkin down sindrom, mak mungkin dapat complication yang boleh bawa maut..
Jadi dari jadi mak selfish sekadar nak ramai anak mix yang comel, mak hanya fokus dengan anak sorang yang sihat walafiat.
Melaung my daughter bila tahu pasal bersalin boleh buat meninggal tu sebab ialah ada ibu yang meninggal masa bersalin kan..
Terus tak pernah tanya soalan lagi.
Plus me bagitau me ada 8 adik beradik, bapak dia ada 4, tapi kami cam tunggal sebab semua duk ovc.. Kami happy kan so tiada apa cacat cela hanya sekadar dia anak tunggal. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry la aku nak komen dr sudut pandang seorg mak/ibu yang ada seorang anak lelaki. Kahwin 7 tahun lebih baru diberikan rezeki seorang zuriat, by the time dpt anak, umur aku dh 35 tahun. skrg anak dah usia 4 tahun dan umur aku bakal masuk 39 tahun. bukan tak nak beri adik pd anak yg seorang ni, tapi aku dan suami dua-dua ada masalah kesihatan. org sekeliling akan cakap/ bersuara...bagilah adik pada anak tu. Tapi org tak tahu masalah kesihatan kita, tahap kewangan kita. Doktor pun cakap, wanita makin berusia dgn penyakit sedia ada, kalau mengandung di usia ni, risiko lahirkan anak sindrom down tu ada. Nak kata aku pentingkan diri ke sebab tak nak bagi adik pd anak aku atau nak aku proceed juga conceive, incase dpt anak yang tak sihat dan bebankan anak dengan adik beradik yang tak sihat seumur hidup dia? Kami suami isteri pun bukan sihat sgt, entah panjang umur ke tidak nak tengok anak membesar? Kadang perlu fahami juga situasi parent yang ada anak tunggal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada few kwn yg ada anak tunggal...anak masing2 dah above 25 tahun skrg...masa anak diorg sekolah dulu ada yg risau anak tak pandai berkawan, ternyata salah...kat umah mmg sorang, tapi bila kat luar elok jer berkawan, kawan2 pun ramai...lagi satu anak tunggal lebih bertanggungjwb di rumah, yerlah dia sorang jer, kalu dia tak tlg parents buat kerja dirumah, sapa lagi kan...dah besar nie rajin spend time dgn parents walau mcm mana busy, yerlah org dah kerja.
Ada kawan anak 5, now dah besar2...yg bungsu pun dah 25 tahun, ada 2-3 anak stay dgn dia, tapi masing2 balik umah berkurung dlm bilik, tak berckp sgt dgn parent. Sib baik anak bungsu rajin melayan maknyer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile iolls tengah TTC ni. Dapat anak sorang pon jadilah. Doakan iolls. |
|
|
|
|
|
|
|
InshaAllah, semoga ada rezeki anak untuk awak dan pasangan....amin ya rabbal alaminnnn....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|