CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 15

[Tempatan] Tak perlu 5G bagai, 4G sudah cukup untuk marhaen

[Copy link]
Post time 28-3-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-3-2022 11:23 PM

PAPAR: Penyediaan perkhidmatan internet 5G memberi keutamaan kepada industri yang bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) mahupun industri yang memerlukan teknologi lebih tinggi.

Bagi orang biasa, jika ada perkhidmatan 4G sudah cukup memadai dengan kelajuan antara 30 hingga 50 Mbps bagi perkhidmatan biasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penaiktarafan perkhidmatan kepada 5G akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun ini.

“Jika dilihat usaha menaik taraf perkhidmatan 3G kepada 4G juga mengambil masa lapan tahun sebelum mencapai 80 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk.

“Maka, untuk 5G ini akan bermula di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sebelum diperluas pada Fasa 2 di kawasan tertentu di Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya selepas majlis penyampaian Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Langkuas, Kinarut hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkhidmatan 4G di Sabah yang masih menjadi masalah utama sedangkan di Semenanjung sudah beralih kepada 5G.

Justeru, Annuar menggesa syarikat telekomunikasi swasta untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi perhatian menambah baik perkhidmatan mereka di luar bandar dan kampung terpencil terutama di Sabah.

Menurut beliau, memandangkan kerajaan tidak mengendalikan perkhidmatan telefon, syarikat telekomunikasi perlu memainkan peranan dan bukannya memberi fokus di kawasan bandar untuk meraih keuntungan semata-mata.

Mengulas lanjut katanya, melihat perkembangan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) mengikut tempoh ditetapkan, matlamat akhir untuk mencapai 100 peratus liputan internet di seluruh negara diyakini akan terlaksana.

Annuar berkata, apabila pelaksanaan Fasa 2 Jendela siap, hasrat menyediakan perkhidmatan 100 peratus capaian internet kepada kawasan berpenduduk menjelang 2025 akan dapat dijayakan.

Beliau berkata, setelah kerja-kerja membina dan menaik taraf menara telekomunikasi di bawah Jendela siap sepenuhnya, 7.5 juta daripada sembilan juta premis akan menerima purata kelajuan internet sepantas 35 Mbps.

“Setakat ini tahap pencapaian kita mengikut tempoh ditetapkan berdasarkan laporan pada suku tahun keempat Disember tahun lalu. Sekarang kita sedang mengumpulkan laporan pertama tahun ini bagi tempoh Januari hingga Mac. Tapi pelaksanaannya memang mengikut jadual,” katanya.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/tidak-perlu-5g-perkhidmatan-4g-cukup-untuk-orang-biasa/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AI Anwar Ibrahim tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
3 g pon dah cukup.asalkan pencawang nya pon cukup
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Phone pokok gune 2.5g kalu x slp ....
okehhh lg...jln...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:23 AM | Show all posts
bagi sesetengah orang memang 3G je cukup, bagi sesetengah lagi nak yang laju dan terkini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
I nak je guna 5G. Dedulu zaman gprs pun korg kata tak perlu 2g 3g. Nah skrg zaman 4g tp speed certain kawasan slow korg dh memekak. So yg taknak 5G lantak korg la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah msia ni nak laju internet mcm spore..nak cari artikel pun senang.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:37 AM | Show all posts
ermmm, kat kampung2 pencawang pun x cukup,4g tapi siput apatah lg kalo 5g,mana leh caya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 11:10 AM | Show all posts
jas7512 replied at 29-3-2022 09:34 AM
Bila lah msia ni nak laju internet mcm spore..nak cari artikel pun senang.huhu

ehhh internet data u skang kenapa pula tak boleh cari article? slow sgt pakai prepaid speed 512kbps ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 01:24 PM | Show all posts
gebang je laaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:30 PM | Show all posts
Line 4G dgn data sebesar 120GB pun struggle nak capai tengah2 bandar KL ni.Kat ofis pulak tu hmmm.
Rasa line telco is getting worst nowadays..
Bil tip top je bayar...
Akhirnya Telco tetap untung besar
Rakyat atau user still rasa tertipu atau rugi
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 03:26 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 29-3-2022 03:29 PM

.
Teknologi 5G kebanyakkan dibuat oleh Huawei dari CCP Cina. Setahu saya, 5G adalah teknologi "Palsu" kerana pada dasarnya ia tiada banyak kelebihan dari 4G, terutamanya bila kedua-dua guna frequency yang lebih kurang sama, spt 4G guna 2300-2600MHz dan 5G guna 3500-4500MHz, iaitu "Mid-Band Frequency". Tapi sekarang, tiap2 henpon 5G kena bayar "patent fees" kepada Huawei, mungkin US$10 sebiji.

Lain kata, dunia teknologi mobile kena kelentong oleh Huawei dan CCP Cina.
.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gold, Glory, Gospel tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:03 PM | Show all posts
skang ni apasal tah makin celaka je line sume
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 29-3-2022 06:03 PM
skang ni apasal tah makin celaka je line sume

Sebab Sialkom dengan Digi dah berjoint adventure, terpaksa berkongsi menara, hadaplah line siput sedut
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:09 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 06:05 PM
Sebab Sialkom dengan Digi dah berjoint adventure, terpaksa berkongsi menara, hadaplah line siput s ...

yup
yg problem mmg line sialkom n suku sakat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.200303 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list