CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 2

8 PATI Saggup Jadi Sardin Dalam Myvi

[Copy link]
Post time 31-3-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar sanggup berhimpit-himpit dalam sebuah Perodua Myvi semata-mata mahu memasuki negara ini secara haram.


Taktik mereka gagal selepas kenderaan dipandu lelaki yang juga warga Myanmar itu ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 7.30 pagi di Kampung Kedap, di sini semalam.


Pegawai Pemerintah Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, lapan PATI yang ditahan pihaknya terdiri daripada tujuh lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.




Lapan PATI warga Myanmar ditahan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan.





“Semasa rondaan rutin, anggota bertugas melihat Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Jeram Perdah menghala ke Rantau Panjang lalu mengekorinya dan berjaya menahan mereka di Kampung Kedap.


“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas Myvi dipandu lelaki warga Myanmar tersebut menemukan lapan PATI warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada hari ini.


Azhari memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati hanya dua daripada kumpulan warga asing tersebut mengemukakan dokumen perjalanan yang sah manakala enam lagi gagal berbuat demikian.


Kesemua mereka termasuk tekong dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Rantau Panjang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:32 PM | Show all posts
Sanggup tu jadi mcm ikan sardin ahahha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu yg berjaya tangkap.. yg da lepas tu brp ramai lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.083353 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list