View: 1151|Reply: 8
|
Isteri Lari Dari Rumah Akibat Didera, Tak Diberi Nafkah Tidak Dikira Nusyuz
[Copy link]
|
|
Seorang wanita yang keluar atau lari dari rumah tidak dijatuhkan hukum nusyuz sekiranya ia berkaitan dengan keselamatan mahupun kebajikan.
Menjelas perkara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, isteri tersebut berhak meninggalkan rumah yang didiami bersama suaminya jika dia menjadi mangsa dera ataupun nafkahnya diabaikan.
Beliau berkata, nusyuz bukan kata-kata yang dilafazkan atau hak suami, malah ia akan diputuskan oleh pihak mahkamah.
Foto: Kosmo
“Kalau anda (isteri) keluar rumah pastikan ada sebab, sebagai contoh terancam nyawa, keluar untuk mencari sumber pendapatan bagi rezeki sendiri ataupun suami mengabaikan nafkah isteri.
“Jadi dengan faktor-faktor seperti ini anda tidak boleh disabitkan nusyuz. Kalau dah kena pukul selalu takkan nak stay (hidup bersama) lagi,” ujarnya di Facebook.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, wanita seperti itu perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan.
“Jika dia (isteri) dipukul dia perlu keluar untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis. Begitu juga jika nafkah diabai dia perlu keluar untuk mencari rezeki sendiri.
“Islam tidak pernah menzalami seseorang wanita dengan tidak membenarkannya keluar rumah walaupun pernah dipukul dan tidak pernah diberikan nafkah. CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau anda (isteri) keluar rumah pastikan ada sebab, sebagai contoh terancam nyawa, keluar untuk mencari sumber pendapatan bagi rezeki sendiri ataupun suami mengabaikan nafkah isteri.
“Jadi dengan faktor-faktor seperti ini anda tidak boleh disabitkan nusyuz. Kalau dah kena pukul selalu takkan nak stay (hidup bersama) lagi,” ujarnya di Facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
tp ramai ja yg stay bila kena pukul hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Ais kacang sedappp ada cincau kacang merah jagung manis sirap susu cendol gula kundur buah kabung gula melaka mata kucing longan |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki still hidup aman2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon humban ini tered ke bod Family Discussion |
|
|
|
|
|
|
|
undang undang arab mmg berpihak pada lelaki sbb scholar semua lelaki, masakan description syurga seolah lelaki lelaki yg cipta syurga..menala bidadari virgin??? |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan berlaki kekdahnya, nnti x brlaki, society plak asek mnyibuk.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|