CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 17

[Tempatan] Penjual aiskrim potong Terengganu sebak Ebit Lew hadiahkan kereta

[Copy link]
Post time 3-4-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-4-2022 06:57 PM



SHAH ALAM – Seorang penjual aiskrim potong di Terengganu tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya sebuah kereta.

Ebit menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kisah wanita yang menjaga ibu saudara orang kurang upaya (OKU) sambil berniaga menaiki motor beroda tiga itu mendapat perhatiannya apabila tular di media sosial.

Sebaik mengetahui kisah itu, Ebit berkata, dia bertolak ke Terengganu untuk bertemu dan membawa wanita tersebut ke pusat pameran kenderaan di Kuala Terengganu bagi membeli kereta secara tunai.

"Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi kakak ini terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ini beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.

"Baik layanan semuanya terus kami bayar cash (tunai) kereta ini untuk hadiah pada kakak ini," katanya dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Ebit berkata, wanita tersebut sebelum ini pernah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun terpaksa berhenti belajar kerana mengalami masalah kewangan selain mahu membantu menjaga ibu saudaranya.

Ebit turut memuji kecekalan wanita tersebut yang tidak bergantung harap kepada sesiapa walaupun menghadapi kesukaran hidup.

"Jika sesiapa nak bantunya, boleh beri aiskrim potongnya dan taja kepada anak yatim atau majlis buka puasa.

"Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga ALLAH berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya," katanya.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 07:29 PM | Show all posts
Harap support minyak keta juga....  Kos baiki, insurans, tu semua menambah kos untuk orang yang mungkin tak berduit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 3-4-2022 07:29 PM
Harap support minyak keta juga....  Kos baiki, insurans, tu semua menambah kos untuk orang yang mung ...

Ya tak ya jugak...tak pasal2 tambah beban nak sara cik bezza...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan duit Ebit pun. Barangkali duit para penderma tegar beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu mati2 tanak terima bantuan
Dpt kereta bukan mahen dia
Ye ke dia jg maksdra tu
Duit yebit ker mcm tatau penyucian
Kan bln ni kes dia nk di sebut pe lg kasik cuci dosa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 10:49 PM | Show all posts
wow ....kayonya. dia...sapa tak sebak dapat kereta free
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu org nak bg bantuan mati2 tolak

Nampak berlagak pon ye

Ini terima pulak

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 01:11 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2022 09:14 AM

Berharap ebit boleh tolong yang ini juga, cari kan dia suami atauou apa apa jenis pertolongan ...

Nak duduk hotel yang sewanya 900 sebulan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kereta baru ke kereta second.belikan orang kereta baru Rm30k ke Rm40k pakai duit penderma macam tak sesuai pulak.lain la kalau duit tu sememang nya duit sendiri. berapala harga roadtax insurance agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 01:30 AM | Show all posts
angelofish replied at 4-4-2022 01:13 AM
kereta baru ke kereta second.belikan orang kereta baru Rm30k ke Rm40k pakai duit penderma macam tak  ...

i rasa sesuai je. sebab bantuan zakat/ kebajikan masyarakat nampaknya tak keluarkan orang susah dari cycle kemiskinan pun, dapat bantuan pun masih bercatu (sebab sikit sangat).
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebak pilu bila baca luahan hati dewa sayu
Ingatkan dah berkubur
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:52 AM | Show all posts
cuci dosa ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols takleh tgk dia dukung makcik tu..ish sucikanlah jiwaku di ramadhan ini..berkerak dah hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 3-4-2022 07:29 PM
Harap support minyak keta juga....  Kos baiki, insurans, tu semua menambah kos untuk orang yang mung ...

Ebit dah mudahkan jalan open order askrim untuk majlis2 besar. Tinggal usaha saja. Takkan sampai bila2 nak camtu je. Ada kereta lagi memudahkan. Duit boleh kumpul untuk bayar semua tu setahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:17 AM | Show all posts
Kenapa ek si Ebit ni buat duit derma orang ramai macam harta dia pulak? Tak pernah langsung nak sebut yang ni duit orang ramai, dia cuma mengagih-agihkan je. Kepala timun betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-4-2022 01:11 AM
Berharap ebit boleh tolong yang ini juga, cari kan dia suami atauou apa apa jenis pertolongan ...

N ...

Full details please..macam bukan warga negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 3-4-2022 07:29 PM
Harap support minyak keta juga....  Kos baiki, insurans, tu semua menambah kos untuk orang yang mung ...

Lagi tambah beban ada la..kalo support benda2 tu selama 10 tahun awal aku ok je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-4-2022 01:11 AM
Berharap ebit boleh tolong yang ini juga, cari kan dia suami atauou apa apa jenis pertolongan ...

N ...

Mampuih rm900. Nak senang je kejanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048127 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list