CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 2

Padah Joget Ketika Tunggang Motor

[Copy link]
Post time 4-4-2022 05:41 AM | Show all posts |Read mode
Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi melepaskan tangan sambil menari atas motosikal.


Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 16 hingga 17 di Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebelum susur keluar Springhill.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat di Facebook (FB).




Kredit foto: Harian Metro




"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas membuat semakan lanjut dan mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi TikTok dengan pemilik akaun goodymy_official pada 25 November tahun lalu.


"Video itu kemudiannya tular di FB, semalam," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.




Kredit foto: mStar




"ihak polis juga menyeru individu yang dikenal pasti dalam rakaman itu untuk menyerah diri dengan kadar segera dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 07:28 AM | Show all posts
mendadih ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas minum popi Taliban ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043092 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list