CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

Pernah Dikebas, 2 Beradik Tak Patah Semangat Kumpul Syiling Belikan Ibu Motor

[Copy link]
Post time 4-4-2022 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Mochamad Zaenal Muttaqin, 24, dan adiknya, Mochamad Khotibul Musaffak, 20, mula menabung duit syiling sejak dua tahun lalu untuk membelikan ibunya motosikal baharu.


Jelas dua beradik itu, motosikal baharu berkenaan boleh digunakan ibu mereka untuk pelbagai keperluan termasuk berniaga memandangkan motosikal yang dipakai sekarang sudah terlalu uzur.




Kredit foto: Detik




Selepas menabung selama dua tahun, dua beradik asal dari Bojonegoro, Jawa Timur itu akhirnya berpeluang membelikan ibu mereka motosikal baharu pada 29 Mac lalu.


Jelas mereka, duit syiling yang mereka simpan diletakkan di dalam dua karung guni.


Mereka juga menceritakan detik berdepan beberapa kesukaran ketika menabung, termasuk dicuri pencuri yang memecah masuk rumah mereka.


“Akibat kejadian itu, duit syiling kami sebanyak 10 juta rupiah (RM2,929) hilang.


“Namun, itu tidak mematahkan semangat kami dan terus menabung sehingga penuh dua guni,” kata Mochamad Zaenal.


Selain itu, ketika mahu membeli motosikal baharu untuk ibunya, dua beradik itu membawa karung guni tersebut ke kedai.


Namun, mereka dimaklumkan bahawa duit syiling yang disimpan itu belum mencukupi.


“Syiling yang kami kumpul baru berjumlah 10 juta rupiah dan harga motosikal itu pula 28.2 juta rupiah (RM8,261).


“Namun, kami masih mempunyai simpanan di dalam bank dan selepas dikumpul, akhirnya kami berjaya membelikan ibu motosikal baharu,” ujar dua beradik tersebut.



Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.146918 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list