CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 7

[Tempatan] 2 stesen minyak disiasat jual petrol RON95 kepada kereta plat asing

[Copy link]
Post time 5-4-2022 08:28 PM | Show all posts |Read mode
2 stesen minyak disiasat jual petrol RON95 kepada kereta plat asing

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -kereta-plat-asing/

Oleh AMREE AHMAD
5 April 2022, 5:06 pm


Seorang lelaki sedang mengisi minyak petrol RON95 bersubsidi ke dalam kenderaan bernombor pendaftaran asing baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Dua buah stesen minyak di Johor disiasat kerana didapati dengan sengaja menjual petrol RON95 kepada beberapa buah kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura.

Ia didedahkan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam bagi merujuk isu tular diperkatakan orang ramai ketika ini.

“Setakat ini, kita sudah menerima lima aduan mengenai insiden melibatkan kereta plat negara jiran (mengisi RON95), tetapi dua stesen minyak dalam proses siasatan lanjut sebelum tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian itu di sini hari ini.

Berita berkaitan: Warga Singapura ‘rompak’ subsidi RON95

Berita berkaitan: Beli RON95 guna kad kredit elak dikesan

Baru-baru ini orang ramai berkongsi gambar dan meluahkan kemarahan berhubung tindakan pemandu kereta plat negara jiran mengisi petrol RON95.

Ia susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula pada Jumaat lalu selaras tempoh fasa peralihan endemik.

RON95 diberikan subsidi oleh kerajaan untuk rakyat negara ini pada harga RM2.05 seliter menjadikan Malaysia negara ke-11 yang paling murah di dunia.

dI Singapura, petrol jenis itu dijual mengikut harga pasaran semasa iaitu S$3.02 (RM9.37) selain dikenakan cukai minyak oleh pemerintah republik berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:58 PM | Show all posts
awat x p 'sound' kwn tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jimak dan senang kira!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:26 PM | Show all posts
Ini.....


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak dgn stesen minyak tu,pdhal aku rasa diorg pun bkn sempat nk cek org tu warganegara ke tak. Aku rasa better viralkan jah isu ni biar celik skit mata singaporeans tu,dahle masuk negara org belagak lebih tp isi minyak pakai ron95. Takpun kasi kuasa pd stesen minyak tu kalau nmpk je org foreigner tak reti bahasa mcm ni bleh alert kastam ke,denda siap2. Buat mcm sempadan thailand tu,kalau masuk sana tak register kereta mmg kene tahan la ko kt gate smpi byr denda
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 5-4-2022 10:57 PM
Kesian plak dgn stesen minyak tu,pdhal aku rasa diorg pun bkn sempat nk cek org tu warganegara ke ta ...

Ambik no plate dan blacklist kerete Spork ni dr masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca news, tuan punya keta Singapore tak boleh dikenakan tindakan. Tuan punya stesen minyak yg boleh dikenakan tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:00 AM | Show all posts
Solokkk replied at 7-4-2022 06:36 AM
Baca news, tuan punya keta Singapore tak boleh dikenakan tindakan. Tuan punya stesen minyak yg boleh ...

peliknya rule...
sian la tokey stesen tu takkan nk suh pekerja dia all time perhati nombor plat kete yg singgah isi minyak...pastu let say caught in action org tu tgh isi minyak ron 95, knowing bangsa kiasu ni ego dan sombong, silap2 pekerja stesen tu kena tibai sbb tegur minta stop isi. pastu apa next tindakan pula ke atas singaporean tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060783 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list