CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 14

[Dunia] Beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:08 PM | Show all posts |Read mode

Yudi hanya menyerahkan sepasang selipar dan segelas air kosong sebagai mas kahwin untuk Helmi. – Warga Lombok

Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

JAKARTA – Sepasang suami isteri yang pernah tular di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin,  dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga, lapor portal berita Wolipop.

Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu.

Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi.

Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya dengan menghasilkan kandungan di YouTube setiap hari.

“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai  sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Yudi berkata, ia dilakukan atas kehendak Helmi sendiri yang enggan menyusahkannya ketika itu.

“Selipar itu berharga 10,000 rupiah (RM2.94). Memang lucu kerana tidak menyangka (bekas) isteri hanya meminta selipar sebagai mas kahwin.

“Saya juga berasa bahagia kerana isteri memahami keadaan ekonomi saya ketika ini. Menurutnya, selipar itu adalah untuk kegunaan ketika pergi bersolat,” kata Yudi. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... isah-kerana-curang/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel wifenye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:52 AM | Show all posts

comel pun curang..kahwin 2x tapi cerai

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
curang sebab miskin ke atau laki nya kurang performance? sampai 5 orang curang.ex laki sampai 3 kali kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Helmi tu nama bini rupanya..konfuse aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:14 PM | Show all posts
kahwin sebab nak viral je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 03:20 PM | Show all posts
n3ar replied at 6-4-2022 07:52 AM
comel pun curang..kahwin 2x tapi cerai

kalau miskin tak berduit & tak berubah ubah layak kena tinggalkan...bukan curang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 6-4-2022 03:14 PM
kahwin sebab nak viral je.

Ingatkan kawin sebab nak selipar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang plak nikah cerai smpai berkali kali..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nikah dulu pun ada thread kan? Rajin betul wartawan Cari undercover ni stalk media indon
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:06 AM | Show all posts
apahal bini nama helmi pulak confuse kejap aku

btw bini comel
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 7-4-2022 10:22 AM
Luar biasa, berita seberang ngetrend banget di forum ini ya. Bangga saya jadinya


Patutnya ikut jejak langkah friska babu ndon, caras laki majikan dapat keta 2nd hand sebijik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:53 AM | Show all posts
Mungkin sudah tau jodoh tidak lama sebab itu bagi selipar!

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dia berangan nak jantan yg mampu bagi hermes oran sandal
Tapi terpaksa settle dengan yg hanya mampu bagi selipar tat sing
Syukurlah selipar tu tak naik ke muka ko
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 03:31 PM | Show all posts
“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai  sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.301106 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list