CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 4

[Tempatan] Ramai kecam pemandu kereta plat asing kencing merata

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Ramai kecam pemandu kereta plat asing kencing merata

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ing-kencing-merata/

Oleh KOSMO!
6 April 2022, 12:19 pm


Tangkap layar video memaparkan aksi seorang lelaki bertindak kencing merata-rata telah mendapat kecaman ramai.

PETALING JAYA – Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, pelbagai cerita mengenai tindakan segelintir rakyat negara jiran yang kurang disenangi oleh penduduk tempatan.

Jika sebelum ini kecoh mengenai rakyat asing yang mengisi minyak RON95 di beberapa buah stesen minyak di Malaysia, namun terbaharu, tular rakaman seorang pemandu kereta jenis BMW sedang leka membuang air kecil di hadapan sebuah kedai di Johor.

Menerusi perkongsian Mak Cik Kiah di Facebook, dapat dilihat kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran asing sekali gus menjadikan rakyat Malaysia semakin geram dengan sikap mereka yang tidak menghormati negara lain.

Lebih menjijikan, aksi pemandu berkenaan yang sedang membuang air kecil sambil menari-menari sempat dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di salah sebuah kedai berhampiran.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai telah meninggalkan komen mengecam tindakan lelaki terbabit kerana langsung tidak mempunyai adab.

“Mohon pihak polis di Johor mempergiatkan operasi, habis semua masalah, bala, perangai buruk dari rakyat negara jiran bawa ke Malaysia,” ujar Mohd. Nazmi.

Sementara itu, terdapat juga rakyat negara itu meninggalkan komen pada video tersebut dan meluahkan rasa malu dengan tindakan pemandu tersebut.

“Orang kita tak macam ini, ini jenis manusia tiada adab, memalukan negara sahaja,” kata Mariah. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 02:43 PM | Show all posts
di negara mereka
bangsa ni dianggap pembersih
lintas sempadan je
baru terbongkang diri sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:46 PM | Show all posts
ini ke negara yg dikatakan bertamadun...?? jijiknya perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:11 PM | Show all posts
sudah tiba masa nya JB ikut undang2 singapore...haha
eh kt PJ pn sama ke?

mgkn undang2 malayisa kena denda je kot, diraong boleh bayar , currrency exchange lgi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.131898 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list