CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 14

Niat Nak Dapat Pahala, Tapi Jadi Membazir Bila Ramai Berlumba Nak Bersedekah

[Copy link]
Post time 6-4-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Ramadan bulan penuh keberkatan dan sudah pasti ramai daripada kita yang ingin mengerjakan amal ibadah termasuklah amalan bersedekah dan memberi makan orang berpuasa.


Tidak dapat dinafikan orang Malaysia terkenal dengan kayanya sifat pemurah, namun dalam kita mengejar pahala, jangan lupa dengan perkara-perkara yang Allah SWT tidak suka.




Kredit foto: Suara Merdeka




Baru-baru ini terdapat kes lambakan makanan yang didermakan terbiar sehingga makanan tersebut basi dan dibazirkan.


Tindakan orang ramai yang ingin membuat pahala dengan bersedekah mengundang kritikan warga Facebook apabila melihat makanan yang disediakan dengan kadar yang banyak itu dibazirkan begitu sahaja terutama ketika bulan penuh suci ini.


Difahamkan orang ramai ingin bersedekah dan memberi makanan kepada golongan gelandangan berbuka puasa.


Namun, niat baik itu bertukar hiba apabila melihat rezeki yang disediakan itu terbiar sedangkan masih ramai golongan di luar sana yang memerlukan bantuan makanan.


Rata-rata komen warga Facebook berpendapat seeloknya bantuan makanan itu diberikan kepada anak-anak yatim, Sekolah Tahfiz, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan saudara yang lebih memerlukan.


“Tidak perlu fokus pada golongan gelandangan sahaja, mereka selalu dapat bantuan makanan walaupun bukan bulan puasa, bagi sahaja makanan itu di tepi jalan kepada orang yang ingin pulang kerja, mereka lagi tidak sempat masak, hendak ke bazar pun ramai orang beratur, bersedekahlah tidak kira siapa” Memetik salah seorang komen warga Facebook.


Ini bukan merupakan isu yang baharu, setiap tahun ada sahaja isu lambakan makanan yang dibazirkan untuk agihan berbuka puasa kepada golongan gelandangan.


Justeru orang ramai yang ingin bersedekah sepatutnya menggunakan pendekatan yang betul dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan seperti meletakkan di masjid-masjid, pusat pengajian dan sebagainya.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:04 PM | Show all posts
pi sebok2 bg byk2 jadah apa la kt org yg xguna tu sume
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bg mknn bg lah mknn yg lain lain klau sama je org pun bosan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:57 PM | Show all posts
yang perlukan makanan ni, area ceruk kampung, elok lah bagi beras, tepung ke minyak, bagi dekat gelandangan ni membazir pulak nengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:03 PM | Show all posts
Kalau nak bagi golonga geladangan elok salur pada mereka yang dah biasa menguruskan mereka tu untuk elak pembaziran.  Nak sedekah tak semestinya hanya pada golongan gelandangan.  Tiap hari makin ramai je keluarga miskin dan yang hilang pekerjaan.  Mereka tu lebih bagus dibantu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nak hantar tahfiz ke rumah anak yatim pun sebaiknya tanya dulu terima ke tak, biasa dorang lg suka klu kita contact tanya, ada time anak2 ni balik rumah waris sapa je nak mkn yg di hantar tu

mcm pusat gelandangan tu kan rasanya kena call tanya dulu sebelum hantar, sebab kadang dorang tolak juga bila clash sumbangan

yg mcm tepi jalan ni taktau lah lg satu i tgk ramai betul buat kutipan sumbangan menu buka hantar masjid surau apa semua, dah tanya ke ajk tempat tu, kot dah ada yg berjadual hantar, ada pihak lain hantar tanpa notis dah jadi pembaziran nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
yg beriya tu yg memasak..siap ambik order kat twitter...bgtau nak derma kat mana...pastu minta sumbangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi duit je la
Tak kan membazir punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kau beriya derma dekat golongan pemalas, siapa suruh???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:01 PM | Show all posts
yg menderma tak salah, yang buat pengagihan tu yang lahanat, ko main letak je mana2 ikut suka, sepatutnya distribute lah properly
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi mknn kering la x basi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik dahulukan adik beradik dan jiran terdekat. Kawan ofis ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau yg bagi makanan ni melibatkan kutipan duit dari kwn2 ke..tak ke kesian sbb objektif nak beri org mkn tak tercapai.
Biasa kat masjid2 dia dah siap jadual. Pilih je slot yg msih kosong kalau nk hantar makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah kita ni menternak masyarakat pemalas dgn sumbangan kita...ntahlah..pening fikir....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:30 PM | Show all posts
ikut majalah 3 TV3 dulu2.. selain yang single dan mental, rata-rata gelandangan bukan sebab takde kerja, diorang tak mampu sewa rumah je + ada yang nak berjimat, yela kalau dah berkeluarga anak sampai tiga empat orang mana boleh sewa bilik je + diorang nak stay dok KL tanak balik kampung susah cari kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.208707 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list