CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 1

[Tempatan] Nak pinjam RM80,000, bayar proses pinjaman RM243,000

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Nak pinjam RM80,000, bayar proses pinjaman RM243,000



KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud selepas membuat pembayaran sejak 28 Februari lalu hingga akhir Mac.

Lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan sudah memasukkan wang berjumlah RM243,000 kepada sembilan akaun yang diarahkan oleh pekerja syarikat pinjaman wang yang dipohon melalui laman sesawang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Musa Marsidi, berkata mangsa telah berurusan dengan syarikat berkenaan untuk mendapatkan pinjaman RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

"Selepas mengisi borang menerusi laman sesawang mangsa dihubungi pekerja syarikat pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

"Selepas memasukkan wang secara berperingkat mangsa berasa tertipu dan membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa kepada tawaran pinjaman wang tidak wujud, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya pada tawaran iklan pinjaman wang dengan kadar rendah selain proses pinjaman yang pantas tanpa syarat ketat.

"Hadirlah secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohonan pinjaman wang. Menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule," katanya.

Sekiranya mengesan sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... s-pinjaman-rm243000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037846 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list