CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Tempatan] Lebih 320,000 anggota, veteran ATM terima Bantuan Khas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 320,000 anggota, veteran ATM terima Bantuan Khas Aidilfitri


Seramai 120,615 pegawai dan anggota ATM yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini mengesahkan bantuan khas kewangan itu merangkumi pegawai dan anggota serta veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sama ada berpencen atau tidak berpencen.

"Bagi veteran ATM yang masih belum berdaftar dengan JHEV, disarankan agar segera melakukan pendaftaran yang membolehkan manfaat bantuan khas kewangan ini dinikmati.

"Kementerian Pertahanan percaya bantuan khas kewangan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anggota dan veteran ATM melakukan persiapan menjelang sambutan perayaan pada 1 Syawal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Kabinet kerana mengambil kira anggota dan veteran ATM dalam pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini serta bantuan-bantuan lain sebelum ini.

"Ini bukan saja menggambarkan keprihatinan terhadap soal kebajikan warga ATM tetapi juga menyerlahkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi terhadap jasa serta pengorbanan para anggota dan veteran ATM kepada negara," katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan RM250 kepada pesara kerajaan. - BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... uan-khas-aidilfitri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.273589 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list