CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 3

Pusat Beli-Belah Terbesar Banda Aceh Terbakar

[Copy link]
Post time 7-4-2022 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah pusat beli-belah terbesar di Aceh terbakar, menyaksikan semua premis perniagaan dan produk jualan di dalamnya musnah.


Pusat beli-belah Suzuya di Banda Aceh terbakar pagi kelmarin sebelum berlarutan hingga ke tengah malam semalam.




Kredit foto: TribunNews




Ketua Jabatan Pemadaman Kebakaran dan Penyelamat (DPKP) Banda Aceh, Nasri berkata, keseluruh pusat beli-belah itu tidak boleh lagi digunakan dan perlu dibaik pulih sepenuhnya sebelum beroperasi semula.


Katanya, DPKP menerima panggilan telefon mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan.


“Kebakaran dipercayai berlaku dari bahagian gudang penyimpanan di pusat beli-belah tersebut dan api merebak dengan cepat.


“Sehingga tengah malam tadi, seluruh tingkat satu hingga tiga musnah terbakar dan pasukan bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk memadamkan kebakaran,” katanya seperti yang dilapor Antara News.




Kredit foto: Detik News




Jelas Nasri, pada pukul 5 hingga 6 petang, bomba berjaya mengawal api, namun beberapa jam selepas itu, kebakaran berlaku semula dan merebak lagi cepat.


Hal itu kerana, api di bahagian dalam pusat beli-belah itu sukar dipadamkan menyebabkan kebakaran terus berlaku.







Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua pengunjung serta pekerja di pusat beli-belah  berkenaan berjaya dikeluarkan ketika kebakaran berlaku.


Berdasarkan pemeriksaan awal, punca kebakaran itu mungkin disebabkan oleh litar pintas.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah begitu ramai yg kena sebat tak kan masih dapat bala lagi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya kebakaran ni. Gudang tu dibuat dr apa sampai api marak mcmtu? Kayu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mata lalat selalu nampak taik..hinggap di taik..bermesra dgn taik..sampai tak nampak apa2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037138 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list