CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Dunia] Berita dari London. Omicron XE lebih mudah merebak. Ada 3 edisi Omicron iaitu XD, XE dan XF

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Omicron XE lebih mudah merebak
Agensi


London: Penyelidik mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE yang menunjukkan tanda-tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.

South China Morning Post melaporkan, pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, sudah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain.

Ini menular di seluruh England dan meningkat bilangannya, sekali gus menunjukkan penyebaran dalam komuniti.

Agensi itu membandingkan sampel genom subvarian BA.2 Omicron, varian dominan di Britain, dan mendapati varian XE adalah 9.8 peratus lebih mudah ditularkan.

Agensi itu memberi amaran bahawa data mungkin berat sebelah pada peringkat awal dan kadar pertumbuhan akan menumpu ke arah anggaran kebolehjangkitannya dari semasa ke semasa.

Ketua penasihat perubatan agensi itu, Prof Susan Hopkins berkata, varian XE sudah menunjukkan kadar pertumbuhan berubah-ubah, tetapi agensi itu belum dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kelebihan pertumbuhan sebenar.

"Setakat ini tidak ada bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan mengenai kebolehjangkitan, keterukan atau (kesannya terhadap) keberkesanan vaksin," katanya.

HSA memantau tiga keturunan rekombinan Omicron iaitu XD, XE dan XF.

XD ialah kacukan Delta dan BA.1, subgarisan varian Omicron dan kebanyakannya ditemui di Perancis, Denmark dan Belgium.

XE ialah rekombinan dua subgarisan varian Omicron, BA.1 dan BA.2, tetapi ia mempunyai tiga mutasi yang tidak terdapat dalam jujukan induknya.

Ia telah ditemukan di Britain sahaja.
Disiarkan pada: April 7, 2022 @ 6:45am

sumber: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.099369 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list