CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 3

[Tempatan] Tarawih terakhir

[Copy link]
Post time 7-4-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Tarawih terakhir


Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan SUV di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, di sini, malam tadi. - Foto ihsan PDRM

MERSING: Seorang remaja yang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat tarawih, maut apabila motosikal yang ditunggang terbabit nahas dengan sebuah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Muhammad Nor Firdaus Man Boy, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima panggilan awam pada jam 10.15 malam, memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah SUV jenis Proton X50.

"Insiden berlaku ketika SUV itu dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Mersing menuju ke Endau.

"Setiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit dipercayai cuba membelok ke sebelah kanan jalan, ke arah sebuah kedai makan berhampiran.

"Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri hadapan SUV berkenaan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing, untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ujian darah juga akan dijalankan bagi menentukan sama ada pemandu SUV terbabit berada bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian.

"Pemandu kenderaan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai ketika memandu dan menyebabkan kemalangan maut," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... 91/tarawih-terakhir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai helmet ke dik....
Iols pelik dengan masyarakat ni. Pergi kedai dekat pun nak bawak motor, tapi tak pakai helmet. Surau jalan kaki 5 minit jah dah sampai, tapi tetap nak naik motor & tak pakai helmet
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 04:31 PM | Show all posts
Kurex replied at 7-4-2022 04:23 PM
Tak pakai helmet ke dik....
Iols pelik dengan masyarakat ni. Pergi kedai dekat pun nak bawak motor,  ...

Kan.. Dulu pun pernah ada iklan CSR macam itu juga..

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 04:50 PM | Show all posts
Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Muhammad Nor Firdaus Man Boy, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Nama sebenar ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036581 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list