CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 5

[Tempatan] Hotel jangan tipu menu bufet Ramadan

[Copy link]
Post time 7-4-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode

Ada hidangan bufet Ramadan tahun ini mencecah RM260 seorang. – Gambar hiasan

Hotel jangan tipu menu bufet Ramadan

KUALA TERENGGANU – Harga bufet Ramadan yang dianjurkan hotel dan restoran seluruh negara tidak dikawal dan terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, berdasarkan pemantauan, kadar caj bufet Ramadan didapati telah meningkat pada purata 20 peratus pada tahun ini.


Rosol

“Kalau ikutkan untuk berbuka puasa, RM20 seorang sudah mencukupi tetapi saya dimaklumkan ada hotel yang mengenakan caj sehingga RM260 seorang bagi bufet Ramadan.

“Biar pun kadar itu dianggap terlalu mahal tetapi saya difahamkan ia masih mendapat sambutan,” katanya kepada ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Rosol berkata, berbuka puasa di hotel dan restoran bukanlah keperluan tetapi kehendak.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna bijaksana memilih bufet Ramadan yang sesuai dengan kemampuan po­ket masing-masing.

“Walaupun harga tidak dika­wal, KPDNHEP masih memantau pakej bufet Ramadan ditawarkan penganjur.

“Menu dan jumlah makanan dan minuman ditawarkan pada iklan perlu disajikan kepada ­pelanggan. Kalau 80 menu, pastikan 80 menu disediakan. Jika janji nasi dagang dan kambing bakar, wajib ada,” katanya semalam.

Tegas Rosol, sekiranya pe­ngan­jur bufet Ramadan gagal menyajikan menu seperti dijanji­kan, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Ujarnya, KPDNHEP juga boleh mengambil tindakan sekiranya pengusaha premis makanan menyalah guna terma bufet Ra­madan tanpa memiliki sijil pengesahan halal diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... menu-bufet-ramadan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 02:39 PM | Show all posts
pada aku tak ada issue, sbb tak ada yg dipaksa utk berbuka kat hotel.yg mampu silakan yg budget kita masak or param aje. kawal napsu tu kan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbuke buffet is so yesterday..  Jakun ja yang sebok nak pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
huntung la pekerja otel....x abes..boleh make
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:57 PM | Show all posts
makan apa sampai Rm260 tu???
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 03:00 PM | Show all posts
banyak mana sgt bole makan pun
lebih pada nak glemer je buka kat otel ni
pastu upload sosmed

muda2 dulu bole la sakan nak buka kat luar
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037432 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list