View: 1640|Reply: 12
|
[Tempatan]
'Lagi kes rasuah berskala besar didedah, Malaysia semakin rosak' - Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 9-4-2022 09:23 PM
'Lagi kes rasuah berskala besar didedah, Malaysia semakin rosak' - Anwar Ibrahim
Firdaus Azil
April 9, 2022 03:20
Anwar berkata rakyat miskin serta golongan yang terpinggir, hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan. - Foto fail/JAPEN
KUALA LUMPUR: Pendedahan kes penyelewengan dana mencecah nilai berbillion Ringgit jelas menunjukkan Malaysia semakin rosak akibat aktiviti rasuah berskala besar, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara, tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah.
Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, rakyat miskin serta golongan yang terpinggir, hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan.
“Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai, kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang bernilai lebih RM2.3 bilion.
“Malah kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib,” kata Anwar lagi dalam satu catatan terbaharunya di Facebook, hari ini.
BACA: Kes rasuah RM2.3 bilion: Eksekutif GLC antara lapan direman
Anwar berkata, dalam beliau mengalu-alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun Pakatan Harapan tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam.
Media semalam melaporkan lapan individu telah direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion.
Permohonan reman terhadap kesemua suspek berusia antara 35 hingga 45 tahun tersebut dbuat di dua mahkamah berasingan termasuk Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.
Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada jawatan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat terbabit dipercayai terlibat dalam perlakuan rasuah dalam projek-projek milik sebuah GLC.
Katanya lagi, anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021.
#Anwar Ibrahim#Rasuah#GLC#SPRM
© 2022 AstroAwani.com
|
|
|
|
|
|
|
|
baca ajelah nk marah x larat dah...
....deme lapaq tu x kenyang2... |
|
|
|
|
|
|
|
Hat bercakap pun terpalit rasuah.. pungkoq sendiri hitam dok kata pungkoq orang hitam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 9-4-2022 11:30 PM
apa..hanya apabila melibatkan 'sesama golongan kayangan dan politikus'...jer ke kata Msia ni rosak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah yang menyiasat pun skandal tak selesai. Takde maruah diri, hidup senang dijual beli dengan wang ringgit, moga cepatlah hancur lebur Malaysia ni. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pasti yg terlibat tu bukan pun golongan B40 dan M40. Hidup selesa tapi masih terima rasuah disebabkan tamak |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah Nuar.. Bila hang pung pang pung pang pung pang pasal kroni atok, last2 hang join gak dengan atok...... Senang ckp hang cakap x serupa bikin......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes rasuah ada di mana2. Samada diambil tindakan atau tak. Bekas perdana menteri pun dibicarakan, rumah digeledah, VIP2 pun kena pakai baju sprm, kira ok lagi la Malaysia ni. Masih ada harapan. Semoga sprm terus buru perasuah2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 10-4-2022 08:09 AM
Ntahlah Nuar.. Bila hang pung pang pung pang pung pang pasal kroni atok, last2 hang join gak dengan ...
rasanya itu strategi jah utk menang pru14 tapi bangnon tak sedar dipermainkan atok lagi, dia mesti ingat atok betul2 akan pass jawatan piyem kat dia sbb tu aku tak sokong cadangan bodow 1 khemah besar vs BN. dgn akta anti lompat katak belum ada, sejarah pasti berulang kalau menang pon! baik PH fokus menang sebanyak mungkin kerusi jah, kalau menang ittew bonus kalau kalah move on! buat la kerja dekat kawasan yg menang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lista at 10-4-2022 09:23 AM
Masa Mahathir lagi dah rosak.
Ko ni satu Nuar..dulu bukan main lagi korang maki tak hinggat dunia kat Atok dulu.. Mahafiraun, Mahazalim, Bapak Segala Rasuah..sekarang apa jadi?.ko jilat balik apa ko maki tu bila ko sendiri joint venture dengan Atok dalam politik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala politician ni semua sama . Semua x bleh pakai puii |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu da tak heran dgn rasuah da DSAI, macam makan sambal belacan. Nak hari hari sebab sedap. Semua da normalise kat msia ni. Gone case. |
|
|
|
|
|
|
|
bdk2 reformasi ni tak tau jib
DSAI dulu pernah masuk jail sbb kes rasuah salah guna kuasa
ayuh semua laungkan
gay-for-ma-si!!!!!!!!!!
ops
silap lak
re-for-ma-si!!!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|