CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 2

[Tempatan] Pemuda pulangkan semula kereta selepas 5 tahun sewa RM1

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda pulangkan semula kereta selepas 5 tahun sewa RM1

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... s-5-tahun-sewa-rm1/

Oleh KOSMO!
11 April 2022, 1:06 pm


Uncle Kentang ketika bergambar bersama seorang pemuda yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa RM1 yang ditawarkannya.

PETALING JAYA – Seorang pemuda yang juga merupakan graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) akhirnya menyerahkan semula kereta jenis Proton Saga yang disewanya ketika waktu belajar dengan bayaran RM1 sebulan.

Perkhidmatan sewa kereta tersebut dijalankan oleh aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan buat kemudahan masyarakat setempat.

Menerusi hantaran di laman Facebook Uncle Kentang baru-baru ini, dia memaklumkan pemuda tersebut telah menggunakan kereta itu selama lima tahun dengan kadar sewa sepenuhnya hanyalah RM60.

“Seorang pelajar UMP pada tahun 2017, beliau datang jumpa kami dan mohon sewa kereta RM1 sebulan kerana kampusnya jauh dari tempat tinggal, nak beli kereta tak mampu, nak sewa tak mampu.

“Maka beliau datang ke Puchong jumpa kami untuk minta bantuan sewa kereta RM1 sebulan. Kebetulan ada insan yang derma kereta RM1 kepada kami iaitu Proton Saga dan kami pun sampaikan kepada beliau,” tulisnya.

Menurut Uncle Kentang, pemuda tersebut memulangkan semula kereta sewanya itu kerana bakal pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah selepas mendapat tawaran pekerjaan di sana.

“Sepanjang lima tahun guna kereta, beliau tahu jaga kereta dengan elok, tak menyusahkan kami dan pada 7 April 2022, beliau pulangkan kereta kepada kami.

“Ini dia anak muda Sabah, seorang yang bijak mengurus hidup, beliau lulus dengan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan kini bergelar seorang jurutera,” kongsinya.

Jelasnya, tiada apa yang menggembirakan hatinya selain melihat kejayaan seseorang itu yang pernah dibantunya.

“Saya tersenyum kerana dapat bantu seorang anak muda Sabah mencapai impian beliau.

“Kagum dengan anak Sabah ini. Tak rugi kami sewakan RM1 sebulan kepada beliau dan akhirnya kita berjaya menghasilkan seorang jurutera untuk Sabah dan Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ai suka uncle kentang.nampak ikhlas je
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044282 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list