CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 3

Lebih RM300,000 Kos Besarkan Seorang Anak

[Copy link]
Post time 11-4-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode
China menjadi antara negara mencatatkan kos paling mahal untuk membesarkan anak dengan lebih AS$75,000 (RM316,612) diperlukan untuk seorang anak sehingga berusia 18 tahun, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.


Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Jefferies Group, Korea Selatan menduduki tempat pertama, diikuti dengan China dan Itali di tempat kedua dan ketiga ketiga.


Menurut penganalisis dari Jefferies, kos untuk membesarkan anak di China menjadi mahal disebabkan oleh kos pendidikan dan penjagaan ketika mereka di usia muda. Ini kerana perkhidmatan prasekolah di China kebanyakannya melibatkan pengusaha swasta.




Gambar hiasan/Kredit foto: BBC




Justeru, lebih AS$75,000 (RM316,612) diperlukan untuk membesarkan seorang anak sehingga mereka berusia 18 tahun dan sebanyak AS$22,000 (RM92,873) lagi diperlukan untuk menjadikan mereka lulusan universiti.


“Di kebanyakan negara-negara Barat lain, pinjaman untuk pelajar yang disediakan mengikut negeri adalah perkara biasa, maka beban ibu bapa dipindahkan kepada anak-anak sendiri,” kata penganalisis.


Sementara itu, pemerintah China mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan kos mempunyai anak termasuk dengan memberi subsidi penjagaan kanak-kanak bagi mengehadkan jurang penduduk dengan kelas pendapatan yang berbeza.


Selain itu, Beijing turut mengumumkan rancangan lima tahun untuk meningkatkan bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) untuk yang berumur bawah tiga tahun kepada 4.5 setiap 1,000 orang menjelang 2025. Ia adalah lebih dua kali ganda daripada jumlah semasa iaitu 1.8 taska bagi setiap 1,000 kanak-kanak.


Ketika ini, terdapat 42 juta kanak-kanak China berumur bawah tiga tahun. Satu pertiga daripada ibu bapa kanak-kanak itu mahu anak-anak mereka bersekolah di taska, tetapi hanya 5.5 peratus yang benar-benar berkemampuan, demikian laporan Jefferies.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 04:27 PM | Show all posts
besarkan anak dari saiz berapa ke saiz berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2022 04:27 PM
besarkan anak dari saiz berapa ke saiz berapa?

Ni soalan serious ke atau saja buat lawak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:36 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-4-2022 04:29 PM
Ni soalan serious ke atau saja buat lawak?

kalau ada jawapan boleh jadi serius.

sekarang kan memasing sibuk nak bagi putih, nak bagi panjang, nak bagi besar



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.232320 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list