CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 8

12,000 Murid Di Sabah Tak Mahir Membaca, Mengira?

[Copy link]
Post time 11-4-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Hampir 12,000 murid di Sabah tidak mampu menguasai kemahiran membaca dan mengira.


Itu data yang direkodkan Kementerian Pendidikan pada dua tahun lalu dan jumlah itu agak membimbangkan serta memerlukan tindakan segera bagi memastikan murid sekolah rendah di negeri ini tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.


Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan,  Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak bermulanya pandemik Covid-19 dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan bilangan murid yang tidak mahir dalam membaca dan mengira.




Gambar hiasan/Kredit foto: BH Online




Justeru, focal person menerusi penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (PIBKS) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk menangani masalah tidak menguasai kemahiran membaca dan mengira di Sabah.


Beliau berkata, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan salah satunya ialah Sabah merupakan negeri yang besar dengan 24 PPD.


Malah, hampir 60 peratus daripada 1,071 sekolah rendah di negeri ini terletak di kawasan luar bandar.


Walaupun masalah ini sudah berlarutan agak lama namun, masih belum ada usaha proaktif yang diambil bagi menangani masalah murid tidak mahir membaca dan mengira.


“Dasar KPM silih berganti dan sekarang saya melihat kementerian agak komited untuk membantu mengatasi masalah membaca dan mengira dalam kalangan murid sekolah rendah.


“Ia selaras dengan usaha melantik focal person supaya dapat melibatkan ibu bapa secara langsung bagi menambah baik sistem pendidikan sedia ada seperti termaktub dalam anjakam kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.


Mengulas lanjut katanya, peranan ibu bapa amat penting dalam menangani isu ini kerana ia bukan sekadar berpunca daripada faktor kemiskinan.


Kesibukan ibu bapa bekerja turut menyumbang kepada kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan mengira, terutama murid tahun satu dan dua.


Pada masa ini, focal person memberi fokus untuk menangani isu ini agar usaha mendidik generasi yang berilmu pada masa akan datang dapat dijayakan.


Pakar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) mungkin akan dilibatkan sebagai rakan strategik kerana pandangan daripada pihak luar dan komuniti amat penting untuk menangani masalah tidak menguasai kemahiran membaca dan mengira.


Focal person merupakan sukarelawan yang berperanan membantu Kementerian Pendidikan dalam usaha mentransformasikan pendidikan melalui penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta.




Sumber: UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 04:24 PM | Show all posts
membuatkan aku teringat ke sesaorang

tunggu beliau masuk mencemar duli ja lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya darjah 6 dah basic semua tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2022 04:24 PM
membuatkan aku teringat ke sesaorang

tunggu beliau masuk mencemar duli ja lah

Sheol tersenyum sinis jah baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back program 3M
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
@chazey @dua_chzy tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akka senyum kamben sebab tahu hapa punca.

Sebab tew akka tak abis2 merempan. Sebab tew juga akka pileh huntok serve di pedalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-4-2022 09:45 PM
Akka senyum kamben sebab tahu hapa punca.

Sebab tew akka tak abis2 merempan. Sebab tew juga akka pi ...

Hari tu kt diy, aku suro ank aku ambil 2kotak mask, dia gie ambil 2kotak kt rak, semua pandang
Anak aku bru 4tahun memg boleh kira, tnya bljr kt mana, dia ckp kt tv
Tpi xthulh jika kt sekolah atau pengasuh dia ajar k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 12:44 AM | Show all posts
Sian budak2 sabahan, tak cukup cikgu ke macam mana? org malaya taknak pegi mengajar sana ke? Ada sedara aku lelaki pegi mengajar sana dah tak balik kawin dgn gadis sabahan, dah beranak pinak, mak dia sedih jugaklah sbb anak jrg sungguh balik, bertahun2 baru balik sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045518 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list