CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 5

'Saya Tak Kata Saya Diculik'

[Copy link]
Post time 11-4-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Seorang rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada satu sindiket di Kemboja menafikan apa yang berlaku merupakan satu “drama lakonan sendiri.”


Mangsa berumur 26 tahun itu berkata, dia dan mangsa lain telah dikurung dalam bilik yang gelap, dipaksa mempelajari taktik penipuan, serta didenda dan dipukul apabila gagal mematuhi arahan.


Katanya, mangsa yang degil juga akan diperdagangkan kepada sindiket berlainan untuk terus melakukan penipuan.




Kredit foto: Malaysia Gazette




Mangsa itu justeru terkejut apabila terdapat media Kemboja yang melaporkan bahawa apa yang berlaku hanyalah “drama lakonan sendiri” untuk membolehkan rakyat Malaysia berkenaan untuk pulang ke negara asal.


Mengikut laporan dari Kemboja, pihak polis negara itu memberitahu selepas 15 rakyat Malaysia diselamatkan, siasatan mendapati keadaan mereka mencurigakan kerana sindiket haram yang dimaksudkan sebenarnya merupakan syarikat loteri yang sah.


Kebanyakan orang juga menyatakan hasrat untuk terus bekerja d kasino di Kemboja.


Mangsa yang dihubungi Sinchew Daily bagaimanapun berkata, laporan berkenaan tidak benar dan menekankan mangsa tidak pernah mementaskan “drama culik.”


“Saya tidak pernah berkata bahawa saya diculik, tetapi saya telah ditipu ke Kemboja untuk melakukan penipuan ke atas orang lain,” katanya.


Mangsa melihat iklan jawatan kosong di kasino di Kemboja dalam Facebook dan menyerahkan pasport kepada pihak berkenaan untuk tujuan pemprosesan visa selepas diberi taklimat mengenai syarikat dan ganjaran yang ditawarkan kepada pekerja.


Sejurus tiba di Kemboja, mangsa dikuarantin di hotel lima bintang di Phnom Penh tetapi kemudian dibawa ke satu tempat yang dikawal 30 pengawal keselamatan.


Mangsa juga dilaporkan dipaksa untuk mempelajari taktik penipuan dan hanya dibenarkan makan dan rehat serta menggunakan telefon  bimbit mengikut jadual yang ditetapkan.


Kata mangsa, seorang rakan yang mahu meletak jawatan telah dipaksa untuk membayar AS$15,000 dan dipukul.




Sumber: MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 04:20 PM | Show all posts
Konar selagi boleh. Kalau forummer Cari apa nick ko dek? tak kan kebangga kot

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
So so so apa berlaku sebenarnya ni?

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu cakap diugut rogol.lah, di bogelkan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:15 PM | Show all posts
Cara yang senang untuk balik ke Malaysia secara percuma?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:48 AM | Show all posts
sbnrnya ape kisah yg btl?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054037 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list