CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 1

[Tempatan] Perdana Menteri berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC, badan berkanun

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC, badan berkanunDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) pada majlis berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC dan badan berkanun Persekutuan di Seri Perdana, malam ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut dihadiri Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Hasan Arifin, Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 46 anak yatim berusia empat hingga 17 tahun daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di Selangor, dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dan bergambar kepada mereka.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbuka puasa dengan cold storage kettewww?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.352685 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list