CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 867|Reply: 5

[Tempatan] Lidah budak 6 tahun tersangkut botol minuman

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-4-2022 07:51 AM

Lidah budak 6 tahun tersangkut botol minuman[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Recqueal Raimi - April 11, 2022 @ 2:52pm[email protected]





Anggota bomba memotong dan menanggalkan botol minuman yang tersangkut pada lidah kanak-kanak berusia enam tahun. - Foto ihsan bomba




RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan selepas corong botol minuman yang diminumnya tersekat pada lidah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Ranau, sebelum kakitangan hospital itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.49 petang dan dua anggota dikejarkan ke lokasi bersama kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati lidah mangsa tersekat. pada corong botol minuman, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

"Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas," katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 10 minit bagi memotong objek yang diperbuat bahan plastik.

"Operasi ditamatkan jam 3.40 petang dan kes diserahkan kepada pihak perubatan hospital untuk rawatan lanjut kepada mangsa," katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cunnilingus  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:57 AM | Show all posts

Lidah Budak 6 Tahun Tersangkut Dalam Botol Minuman, Susah Payah Doktor Dan Bomba Nak Keluarkan

Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik mencemaskan apabila lidahnya tersangkut pada corong botol minuman, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.


Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Ranau untuk mengeluarkan corong botol minuman tersebut, sebelum kakitangan hospital menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata kejadian berlaku apabila kanak-kanak berusia enam tahun itu sedang meminum air dari botol minuman, namun tidak jelas bagaimana lidahnya tersangkut.




Foto: The Star




"Kami menerima panggilan daripada hospital mengenai perkara itu kira-kira jam 2.49 petang, dan anggota dikejarkan ke hospital untuk membantu," katanya ketika dihubungi pada Selasa (12 April).


Ridwan berkata anggota bomba pada mulanya ingin memotong botol minuman tersebut, tetapi prosedut tersebut agak berisiko.


"Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas," kata Ridwan.


Beliau berkata prosedur itu berjaya dilakukan kurang daripada sejam dan kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - CARI


Sumber: The Star
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:01 AM | Show all posts
tak pasal2 kecoh kat wad tu dik....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:08 AM | Show all posts
botol mcm mana ya??? tin??
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:41 AM | Show all posts
Botol kaca ke? masa kecik aku pun suka jolok lidah sambil minum. Dulu kan banyak botol kaca minuman, nak2 musim raya. Asal pegi beraya mesti bagi air botol kaca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.375583 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list